Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, November 28, 2011

:Dimanakah Bahagia Buatku ? :

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi) 


"....aku sedang muhasabah diri, lama sudah aku bertapak di ruangan sepi , mungkin melihat orang lain bahagia sudah memadai bagiku , walhal kesunyian yang ada dilubuk hati makin bertunas , semakin lama semakin menutupi ruang hati , adakah mereka tahu , wujudnya aku disekitar mereka , aku berjaya membina semangat orang lain untuk maju ke hadapan , akan tetapi aku pula masih menunggu dipersinggahan , padaku kebahgaian aku adalah melihat orang-orang yang aku sayang turut bahagia, adakah dia tahu aku tidak pernah membencinya , tapi merinduinya telah menghukum aku, sungguh demi ALLAH yang menciptakan aku , aku masih berusaha melupakan episod cinta itu...."


"...Aku kini bersendirian dan terus bersendirian lagi,,
Aku tergelam dengan bayangan ku sendiri,,
Aku sendirian lagi bak jauh dari ketenangan yang semakin hari meninggalkan aku,,
Aku kini bersendirian dan terus bersendirian lagi,,
Aku begitu hampa adakah sendirian aku akan tersesat dalam alam nyata,,
Tapi aku ingin menangis,,
Tapi tak ada hala nya hanya menangis di ruangan teratak yang ku bina dengan kamar hati ku yang kini usang,,
Aku sendirian aku menyesali apa yang berlaku pada diri ku ini,,
Masih adakah ruang dan peluanb buat diri ku??
Masih adakah hala tuju untuk ku terus kan kehidupan ku??
Tak mungkin aku akan kesali apa yang telah berlaku,,
Akan ku pertahankan diri ku untuk aku melawan tongkah arus yang datang bertimpa-timpa pada diri ku,,
Pergi dan terus pergi,,maju lah ke hadapan wahai insan...."


Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)


"...Ada sesuatu yang berbicara seolah olah berbisik padaku,,
Seolah-olah ia meluahkan kembali padaku,,
Apa yang tersirat dihati,,
Apa yang disimpan dihati,,
Seolah-olah memujuk diri ini,,
Berdirilah kembali hadapilah dunia ini,,
Kiranya aku punya sesiapa untuk meluahkan kata-kata,,
Mengungkap sebuah kesedihan,,
Melahirkan lara di hati,,
Kiranya aku punya sesiapa,,
Tidaklah aku begini bertemankan air mata yang mengubat sedihku,,
Kiranya aku punya sesiapa,,
Berdirilah aku di kaki sendiri menjadi insan tabah menghadapi realiti,,
Bukan pasrah di alam fantasi,,
Sayangnya aku tidak punya sesiapa,,
Aku masih begini dan terus begini,,

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu ? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

Mencintai ku bukan mudah,,
Begitu jua mencintai diri mu tak juga susah,,
Segalanya terletak di hatimu,,
Andai kesempurnaan yang kau cari,,
Aku bukanlah insan yang sesempurnanya buat mu,,
Tapi aku akan bisa menjadi yang terbaik untuk mu,,
Sempurna dimata mu walupun tidak pada orang lain......insya-ALLAH..^__^



wahai tuhan ajari aku erti bahagia walau hanya sedetik...aku akan menghargainya dan menjaga bahagia itu walaupun ia hadir didalam mimpi..aku tetap mensyukurinya....


< syuk al-hafiz>



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥