Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, November 28, 2011

: Airmata Rindu :

Hari-hari yang berlalu
Tanpa engkau di sisi ku
Bagai terasa hidup tiada bermaya lagi
Terhumban aku di ruang yang sepi ini
Dibayangi oleh kenangan bersama mu
Sehingga aku kelemasan
Tersisih aku dari cinta mu
Terseksa aku oleh sikap mu
Sepi mengajar aku erti rindu
Demi cinta ku yang setia
Bara cinta yang tertinggal
Sukar untuk ku padamkan
Dan makin menghangatkan rindu ku kepada mu
Terlantar aku sendirian dan terbiar
Entah bila kita akan ketemu lagi
Terserah takdir menentukan.....



 "....malam ini , hari ini , dan ketika ini , aku sangat merindu , aku jua sangat menginginkan bahagia, aku melihat hamba ALLAH itu dengan orang lain , mataku tak bisa berkelip kerna dia sangat tegar membiarkan aku jatuh dan tersandung ,diracunnya hatiku dengan janji tidak akan meninggalkanku , dia juga sangat tegar melihatku menderita padahal dia gembira , ucapan selamat tinggal juga tidak ditinggalkan untukku , dengan ikatan tergantung dia meredhakan aku begini...."


"...pernahkah dia terfikir bagaimanakah keadaanku ,pernahkah dia terfikir bagaimanakah aku melalui sisa hidup tanpanya , pernahkah dia terfikir apa yang terpatri dilubuk hati ini , aku tak mungkin akan membenci kamu , aku juga tak mungkin menyimpan dedam kepadamu ,aku hanya belajar mencintaimu , walaupun hatiku ditusuk sembilu walaupun kamu tegar membunuh perasaanku , aku akan istiqomah melalui jalan hidup ini , biarpun tanpa kamu , biarpun melihat kamu dengan yang lain , dan aku akan ikhlas menerima peninggalanmu bila mana kamu sah menjadi milik orang lain , hati ini selamanya milik kamu , walau kamu tidak pernah menghargaiku...."


"..satu masa nanti akan aku cuba belajar, mencipta bahagia buatku sendiri kerna yang pasti , hari-hari yang dilalui amat sunyi , sepi dan sendiri bila mana kamu meludah hatiku , kamu memaki hiba diriku , apa salahnya aku mencintai kamu?  sedikit curangpun aku tidak persembahkan kepadamu , walau kamu cuba mencari yang lain walau kamu cuba , mencipta jurang yang amat dalam , sedarlah kamu tidak akan wujud manusia yang sempurna, dan tidak akan pernah wujud jika wajahnya sempurna sekalipun hatinya belum tentu , setiap manusia punya kekurangan masing-masing termasuk juga aku..."


"...rutin hidupku adalah mendoakan kamu , aku hanya ingin kamu berubah aku juga ingin kamu sedar , aku hanya ingin ALLAH membuka mata hatimu yang buta itu , agar sentiasa menjaga hati , agar selalu berada dalam pilihan yang tepat , agar tidak terburu-buru melangkah , kerna kamu yang mencorak masa depanmu , kamu juga yang memilih dimana  kaca dan dimana permata , tahniah kerana semakin bahagia, aku turut gembira melihat kamu bahagia ,aku turut suka melihat kamu dengan pilihanmu, dan aku masih berdoa supaya kamu menjadi setia untuk seorang lelaki, bukan untuk seribu lelaki diluar sana , jangan sampai mereka diluar sana melabel kamu sebaliknya , kerna rasa berkawan kamu tak sama dengan orang lain , dan kamu juga sangat suka berkawan dengan bukan mahramu , aku cuma berdoa agar kamu tidak hanyut dengan apa sahaja kamu lakukan kerana aku tahu kamu sangat rapuh..."


"..tahniah kerana dengan mudah kamu melupakan aku , dengan mudah kamu jumpa pengantiku , dengan senang kamu lupa diriku , dan aku juga percaya dengan mudah juga kamu akan berubah hati untuk yang lain lagi , kerna kamu tidak pernah istiqomah dalam meguasai ilmu ikhlas , seperti mana kamu membuangku , seperti mana , bonda dan keluargaku menangis melihat penderitaanku , kamu bisa bahagia melihat aku yang tersiksa kerana itu , kamu juga akan mengulanginya semula selagi kamu belum bertaubat nasuha kerana itu, dan aku akan tetap mendoakan kamu kerana aku berharap kamu berubah bukan hanya sehari aku  ingin selama-lamanya...dan aku juga ingin kamu belajar dari kesilapan itu ..."




Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang 
lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasih mu, 
tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi itu 
tidak tahu apa yang sesungguh nya kamu rasakan....



< syuk al-hafiz>


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥