Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, October 26, 2011

: TATKALA KAMU MENINGGALKAN AKU :



"..KETIKA INI AKU ADALAH MANUSIA PALING TERLUKA, SUNGGUH HANCUR HATIKU MENGENANG KAMU, SUNGGUH TERLUKA, SUNGGUH MEROBEK JIWA, SUNGGUH MENCABAR IMAN, AKU PERLU MELUAHKAN SEGALA RASA KERANA  AKU MENJADI BAHAN TOMAHAN KAMU, MEJADI SUMBER KEBENCIAN KEPADA MANUSIA YANG MENGENALIKU, AKU HARAP APA SAHAJA YANG KAMU LAKUKAN MEMBUAT KAMU INSAF, SEDAR DAN BERINGAT...."

'...aku tak pernah marah ketika kamu membuat aku begini, jika mengalir airmata lelaki pun aku tak sanggup ia membasahi tubuh gagahku, biar kamu fitnah aku, biar kamu mencaci maki aku, pada mereka yang tak tahu siapa aku, dan kepada mereka yang kenal siapa kamu, mungkin mereka tahu aku sebenarnya yang paling terluka, luka dan berdarah kamus imanku kamu siat-siat akal lestariku, kamu bakar hempedu setiaku, demi ALLAH yang menciptakan ku,  aku bersyukur mengenali insan sepertimu, dan cukuplah aku mengenali kamu dalam tempoh 5 tahun ini...."

"..cinta itu tersangat buta, dia bisa jatuh kepada orang-orang yang tak bisa menghargainya, Apalah erti cinta suci   Andai janji-janji sering dimungkiri Apalah erti cinta murni  Andai kata-kata sering didustai .....

"..jika kamu sedar disepanjang perkenalan kita selama 5 tahun 10 hari dan 5 jam, aku tak pernah memarahi kamu, aku tersangat sabar melayan kerenahmu, demi melihat kamu bahagia aku rela dan redha mengizinkan lelaki lain untuk dekat denganmu, tujuanku aku tak mahu kamu hinaku, kamu meletakkan aku sebagai alas kakimu untuk kamu pijak sesuka hati, aku sang lelaki yang mampu tersenyum bila mana kamu buatku bagai boneka dan mainan diwaktu senggangmu, bila mana kawan yang akrab kepadamu mengadu kepadaku akan perubahan mendadak kamu, aku masih tenang sambut aku dengan bingkasnya, tidak mengapa mungkin dia sedang belajar suasana hidup ditempat baru....."

"...berkawan dengan lelaki bukan mahram dan ajnabi perlu senjata yang ampuh di dada iman kamu wahai hawa, sekali berkawan dengan lelaki ajnabi ibarat kamu meletakkan "bom jangka" di benak dirimu, dewasa kini lelaki hanya ingin kan madu dan pabila madu dihiirup dengan rakusnya kamu akan ditinggalkan dengan tegarnya, sebab aku adalah manusia tersangat risau dan prihatin akan dirimu, tapi semakin aku nasihat, tarbiah dan tazkirah kamu perihal itu, kamu mula memberontak kata kamu berkawan biar seribu, bercinta biar satu...."

"...kamu tahu apa membezakan gadis yang maharnya tinggi dan gadis yang umpama berada di serata jalan, yang membezakan mereka adalah mereka sangat menjaga adab dan pergaulan mereka ketika ingin dikenali oleh ajnabi lain, gadis yang mahal harganya pabila mana lelaki dekat selangkah dengannya, dia akan mengambil 2 dan 3 langkah untuk menjauhkannya, bila lelaki itu memulakan irama kasanova kepada gadis itu, gadis itu senyum dan berlalu pergi tanpa menoleh dengan ramahnya, walau lelaki itu mula berkata sombong, bongkak, dia tetap tegar dengan langkahan sucinya...."

tidak seperti kamu wahai hawa puas aku mentarbiahmu perihal berkawan , kamu tetap angkuh dan sombong, di laman sesawang aku dikatakan kamu bagai bukan sesiapa, kamu melayan ramai sangat lelaki tanpa melihat bayangku di laman sesawang itu, yang paling memeranjatkan lagi bila mana kamu mengaku aku ini peminat tegarmu, aku jua abang angkatmu, demi ALLAH aku pendam semua itu, kamu sangat kejam kepadaku, di hari lahirku pada 17 hb 07 aku menelefon kamu, tetapi ternyata di gengaman telefon bimbitku hanya tertulis "waiting", aku masih lagi bersangka baik, dan kamu mula katakan maaf lewat wish semalam saya tertidur,
aku hanya membalasnya tidak mengapa sebab kamu tetap yang pertama ucap kalimah selamat hari lahir, kerana di laman muka bukuku aku privatekan untuk kamu, dan di telefon ini aku settingkan hanya aku bisa menelefon orang lain kerna aku ingin kamu yang terutama mengucap kalimah itu....."

di saat kamu meninggalkan aku, sunyi jiwaku, rebah tubuhkan kaku dan bisu, kamu tidak mengucap selamat tinggal untuk terakhir kalinya dengan tiba-tiba kamu meremove lalu memblock aku di laman sosial itu, lebih memeritkan kamu jua berbuat begitu kepada kaum keluargaku, kamu mecipta jurang yang amat dalam, lebih dari 100 misscall aku lakukan untuk kamu, jika mesej juga mungkin mencecah 300 kali memohon maaf dan merungkai tanda tanya kenapa kamu lakukan begitu? dan lebih memeritkan aku dapat tahu dari kawan kamu , kamu telahpun menjalin hubungan dengan lelaki lain, dan kamu meletakkan aku sebagai umpan aku sebagai punca kamu meninggalkan ku padahal aku telah dipermainkan oleh kamu...

terbaru ini, ternyata ramai kaum adam yang cuba memaki hamun dan memarahi aku, tanpa tahu hujung dan pangkal, aku masih bersabar lagi padahal mereka semuanya usia rata-rata di bawahku, kurang beradab apabila lelaki-lelaki itu menhembuskan kata-kata kesat menghinaku padahal merka tidak tahu siapa yang dianiaya ketika ini, aku masih senyum dan aku hanya berdoa supaya kamu insaf dan berubah, aku tidak mengaibkan kamu tapi aku cuba meluahkan rasa , aku ingin kamu sedar dan beringat bukan semua lelaki kamu bisa perkotak katik seperti kamu lakukan kepadaku...

yang kamu perlu tahu disepanjang perkenalan kita, aku hanya kenal kamu berkawan dengan kamu, kamu sahabat, kamu teman, kamu cinta kamu jiwa dan kamu ragaku.. tidak pernah terniat untukku berkawan dengan orang lain hanya ALLAH sahaja tahu betapa agongnya cintaku kepadamu .tetapi pemergianmu telah membuat aku ibarat lumpuh separuh badan , aku menerima kifarah yang amat dahsyat, aku menderita kesakitan, aku kecewa teramat sangat, dan ketika aku melihatmu melalui laman sosial sahabtku, kamu sangat gembira atas penderitaanku, padahal kamu membuang aku bangkai sampah..dan aku menjadi bahan cerita dijaja sana sini, dikatakn aku sebaliknya...

kamu tidak perlu takut aku lelaki yang bukan pedendam, kamu sangat kejam dengan tingkahmu, teruskanlah dengan langkahan kejammu pada lelaki lain, kamu belum tahu erti dunia, erti penyesalan dan erti sebuah kalam percintaan, nasihatku disini setialah pada lelaki yang menghargai kamu, kerna cinta kita telah pun bernoktah ketika ini, aku ingin kamu kotakan janjimu, kamu ingin mencapai cita-citamu, aku hanya mampu berdoa, aku harap kamu bahagia walau bukan dengan aku, aku tak marah kamu, aku tak dendam kamu , akulah sang lelaki yang kenal kamu bulat-bulat, aku sahaja yang tahu perihal egomu, aku sahaja tahu terkaman kasihmu palsu, dan aku hanya mampu mengatakan kepada bakal-bakal lelaki yang akan mencintaimu, hargailah mereka seadanya kamu jangan pernah lupa, ALLAH itu maha adil, satu masa nanti kamu akan rasa juga....

Belajarlah MEMAAFKAN kalau ingin dimaafkan..
Belajarlah MENGHORMATI kalau ingin dihormati..
Belajarlah MEMAHAMI kalau ingin difahami..
Belajarlah MENYAYANGI kalau ingin disayangi..
Belajarlah MENGHARGAI kalau ingin dihargai..
Belajarlah MENYENANGI kalau ingin disenangi..

Memaafkan tidaklah SERUMIT yang kita bayangkan, tidaklah pula SESULIT yang kita fikirkan, serta tidaklah pula SEPAHIT yang kita rasakan...memaafkan itu di mana kamu memberikan sedikit RUANG KEBAIKAN di hatimu untuknya..

Muhasabah buat Diri yang sering Lupa ^_^

Cinta itu ibarat mawar yang mekar di taman sari 
tetapi kalau kita tidak pandai menjaganya, duri akan timbul melilit sanubari
Tidak semua cinta menjanjikan keindahan dan kebahagian, Jadi berwaspadalah menerokai nya
Hanya keikhlasan dan kejujuran dapat merawat segala-galanya...




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥