Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, October 29, 2011

: HATI YANG ISTIQOMAH BUAT KAMU :



"....Ayat-ayat al-Quran, puisi yang indah dan menawan perasaan dan suara keluhan kerinduan menyemarakkan dan memberi sinaran kepada wajah ruhaniah.”


Saidina Ali r.a meminta kepada Nabi Muhammad mengajarnya cara yang paling mudah, paling bermutu tinggi dan paling dekat untuk mencapai kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Nabi Besar Muhammad s.a.w termenung sebentar menunggu malaikat Jibrail membawa jawapan dari Allah. Sejenak kemudian malaikat Jibrail pun datang dan mengajar Nabi menyebut La Ilaha sambil memalingkan mukanya ke kanan dan menyebut Illallah sambil memalingkan mukanya ke kiri, menghala ke hati. Dia mengulangi perbuatan ini tiga kali. Baginda menurutinya tiga kali juga. Setelah itu Nabi mengajar Saidina Ali r.a seperti itu juga dan menyebutnya tiga kali dan diikuti Saidina Ali tiga kali juga.
Saidina Ali lah orang yang pertama bertanyakan hal ini dan orang pertama diajar secara ini.

Suatu hari, tatkala pulang dari suatu peperangan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada para pengikutnya.

Baginda s.a.w bersabda:

“Kita baru sahaja pulang dari peperangan yang kecil dan akan menghadapi peperangan yang amat besar.”

Peperangan besar yang baginda maksudkan itu ialah dengan ego sendiri, peperangan dengan nafsu serakah yang ada dalam diri sendiri. Inilah maksud tersirat dalam syahadat Tauhid.

Baginda s.a.w bersabda:

“Musuh yang paling besar ialah nafsu di bawah tulang rusuk anda.”



"...AKU JUGA MANUSIA TAMBAHAN PUNYA HATI , HATI YANG AKU ADA KINI TELAH PUN SEMAKIN ISTIQOMAH BUAT SESEORANG , AKU SANGAT SENANG BILA MENDEKATINYA , AKU SEDANG CUBA BERUSAHA MENGAJAR DIA ERTI IKHLAS , AKU INGIN BUKA MATA HATI DIA , TERHADAP LELAKI , DIA PERLU TAHU LELAKI YANG IKHLAS ADA DI HADAPNNYA , DAN JIKA CINTAKU INI BERTEPUK SEBELAH TANGAN AKAN AKU PERGI DENGAN IKHLAS...."



‎" ..... tiada wujud manusia baik dimuka bumi ini ,jika baik pun tetap tercalit setitik dosa , bukan maksum yang dihujahkan disini , tapi fitrah manusia itu sendiri , aku juga seperti kamu wahai hawa , ingin sesekali dekati kamu , walau sukar sekalipun , usaha menggunung pertaruhanku untuk mencuri hati kamu , kamu bukan hanya satu warna didalam sebaris pelangi tapi kamu adalah seribu warna didalam baris pelangi itu ,mahar kamu setinggi langit , hati kamu serapuh awan , aku pula ingin menjadi kerpasan pada awan itu , jika hujan bumi tuhan , aku tetap basah bersamamu, dan jika panas bumi tuhan aku rela melindungimu , kerana ta'aruf ikhlasku hanya demi kamu dan bukan gadis lain , itu kata matiku, insya-ALLAH..."

Syuk al-hafiz >


".....KATA-KATA INI KHAS UNTUKNYA , ENTAH DIA MENGERTI ATAU TIDAK, ^_^ DIA SUKA SENYUM BILA AKU CUBA BERCERITA PERIHAL IKHLAS...SENYUMAN NYA WALAU BISA AKU TIDAK NAMPAK KERANA KAMI TIDAK PERNAH KETEMU , TAPI KAMI HANYA SELALU BERTEGUR SAPA DI LAMAN MUKA BUKU...."


masya - ALLAH tidak sangka aku bisa jatuh hati pada dirinya , takut juga aku ingin dekatinya , tapi aku cuba kuatkan hati , atas nasihat imanku aku tidak mahu tersalah pilih , lalu sebelum mendekatinya aku sering melakukan istikharah , agar jawapan dan hatiku tetap untuknya , dan aku tidak mahu dilukai lagi , aku ingin jadikan dia seorang yang bisa ada untukku diwaktu susah dan senangku...diwaktu ebah dan bangunku, aku mematri namanya dibenak mindaku, ingin dia menjadi pedamping hidupku, insya-ALLAH buat selamanya...

jika diri ini bertepuk sebelah tangan diri ini mungkin sudah bersedia, jadi kawan pun tidak mengapa sebab dendam bukan cara ku, ya tuhan aku mesti teruskan usaha mencari kebahagian hakiki untuk diriku , puas sudah aku kecewa , aku perlu sesuatu yang bisa mengubah duka menjadi suka , yang merubah luka menjadi rela , dan sesungguhnya aku masih berusaha merubah itu...


Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian, Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian
gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan
Apa jua keputusan yang bakal diterima
tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita....




Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu
Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu, Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku...






dan dimana dan ketika ♥ cinta itu wujud dan dimana hati itu mula suka ♥ dan pabila sayang menyapa, ketika sunyi menemani hari ♥ jaga hati itu, jaga iman itu, jangan sampai kecewa lagi, jangan sampai merana lagi, memilih penyejuk dimata penawar dihati ♥ yang dapat menerima kekurangan seadanya, dapat menerima diri seikhlas nya, bukan mudah mencari sejati ♥ sejati itu wujud dalam timbunan kaca, disitu ada intan dan permata, disitu jua ada kaca yang bisa merobek segala rasa,♥ demi cinta yang kamu kejarkan ikhlaskan hati merelakan kenangan yang lama, menjadi memori kisah duka ♥ dan selepas ini pelihara hati supaya jumpa yang benar-benar hakiki, insya-ALLAH ♥

<Syuk al-hafiz>








Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥