Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, June 21, 2014

: Perjalanan Yang Sudah Tertulis ^_^ :

" Allah yang temukan kita, setiap pertemuan itu sudah tertulis, kita hanya 'melalui' jalan cerita dalam sebuah 'kitab' disitu punya hikmah, sama ada hadirnya awak merubah saya atau bakal meninggalkan kenangan yang abadi dan tiada noktahnya "

Sebenarnya meski awak wujud untuk meninggalkan 'bekas' yang menyakitkan itu sebenarnya 'cara' untuk ALLAH uji sedalam mana iman kita, setinggi mana tahap tabah kita dalam menempuh mehna dunia, sedang mereka yang beriman selalu menyebutkan, apalah sangat 'harga dunia' semua ini hanya sandiwara sahaja, andai terlihat kita dengan nikmat dan ganjaran syurga, mesti penuh masjid/surau hingga tiada tempat duduknya , AllahuAllah ^_^

Jadi terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, wahai ibu/ayah/kawan/ dan bakal isteri kerana anda sudah tertulis untuk menjadi sebahagian dari hidup saya ^_^


Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma :

 “Sesungguhnya Allah telah menciptakan Luh Mahfuz daripada mutiara yang putih, helaiannya daripada delima yang merah, penanya dari cahaya, kitabnya dari cahaya, bagi Allah 360 detik padanya, lebarnya adalah di antara langit dan bumi, Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan, memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, 
menghinakan dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki.” 

[Diriwayatkan oleh al-Tabarani, al-Hakim dan ad-Dhiya’ al-Maqdisi. Al-Hakim berkata : Isnadnya sahih tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. 
Al-Zahabi berkata dalam al-Talkhis : 
Nama Abu Hamzah itu thabit tetapi dia waahin(cinta akan dunia)].

Para sahabat, tabi’in dan semua Ahlis-Sunnah dan hadis telah bersepakat bahawa setiap perkara yang berlaku sehingga ke hari kiamat telah tertulis di Luh Mahfuz, dan ayat-ayat al-Quran telah membuktikan bahawa Allah telah mencatatkan apa yang Dia lakukan dan katakan di Luh Mahfuz. Dia telah menulis di Luh setiap perbuatanNya dan kalamNya, sesungguhnya ayat ‘Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!’ telah berada di Luh sebelum wujudnya Abu Lahab.’ 
[Lihat : Bada’i at-Tafsir, Ibn al-Qayyim, 4/131]


Mesti biasa dengar dialog ini :


"Kalau orang yang buat jahat tu takdir Allah. Maknanya tak ada free will.
 Allah dah tentukan orang tu masuk neraka."



Pentingnya 'iman' dan yakin pada ALLAH, pentingnya pengetahuan agama, sangat pesimis jika mereka selalu menyebut dialog sebegini tanpa cuba berubah, walhal sudah ada jalan dan petunjuk yang ditinggalkan oleh Rasulullah ,iaitu qur'an dan hadis ^_^


Memang sudah tercatat, perkara yang sudah berlaku dan akan berlaku di luh mahfuz TETAPI , kamu harus tahu sesuatu :



وَلَوۡ أَنَّمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ مِن شَجَرَةٍ أَقۡلَـٰمٌ۬ وَٱلۡبَحۡرُ يَمُدُّهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦ سَبۡعَةُ أَبۡحُرٍ۬ مَّا نَفِدَتۡ كَلِمَـٰتُ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬


Maksudnya:

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
 Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( surah Luqman:27)


Antara makna istilah 'kalimah Allah' dalam ni termasuk jugak Luh Mahfuz. Maknanya banyak sangat takdir yang ditulis sampai tak boleh nak habis dengan segala lautan dan bantuannnya. Dan banyak sangat cabang-cabang yang terhasil akibat segala kemungkinan yang berlaku sehingga menyebabkan
 jumlah universe mencapai infinite.

Apa yang aku maksudkan kat sini, semua takdir dah ditulis dalam Luh Mahfuz. Setiap kemungkinan. Memanglah orang tu jahat. Dalam Luh Mahfuz ada tulis dia jadi jahat. Tapi ada jugak dalam Kitab tu yang tulis dia jadi baik. 

Siapa suruh dia buat keputusan jadi jahat. 
Setiap apa yang mungkin berlaku tertulis dalam Luh Mahfuz. 

Semua cabang multiverse tertulis dalam tu. Tidak kira baik atau buruk, andai kita lemah akur dengan godaan nafsu dan hasutan syaitan secara tidak langsung kita sedang merubah 'takdir' sama ada baik atau buruk, sebab itu kita kena selalu 'belajar' agama, dengar nasihat alim ulama', kepada ibubapa didiklah anak dengan betul andai masih ditakuk lama berdoa dan bertawakkalah kerana hanya ALLAH mampu mengizinkan sesuatu perkara terjadi .


Alhamdulillah terima kasih kerana sudi membaca coretan hati seorang lelaki, bulan puasa sudah makin dekat, namun sempatkah kita hidup dan diberi peluang oleh ALLAH untuk menghabiskan bulan penuh barokah ini ^_^ ramai sungguh tanya berapa usia saya, jawapannya mudah usia saya sama macam rasulullah setahun sebelum bernikah dengan siti khadijah , memang muda lagi namun siapa tahu penamat kehidupan saya didunia ^_^ sangat kuat cabaran dan dugaan, tolong doakan insan biasa ini, tolong doakan semoga saya jadi yang soleh buat bonda, andaipun tiada jodoh didunia, jodoh kematian tetap milik saya.

Semoga apa yang ditulis merubah diri kamu dan saya , mungkin saya bukan pencetus ummah, bukan imam muda, tetapi saya juga salah satu percaturan ALLAH, andai anda baca lalu membekas dalam hati segala penulisan saya, itu semua dari ALLAH.



Kata Imam Nawawi Rahimahullah :

"Langit itu kiblat doa, sebagaimana Kaabah kiblat Solat." 

# ayuh berdoa, ayuh berubah seistiqomah mungkin , mungkin bukan hari ini doa termakbul, andai usaha dan ikhtiar sehabis baik, sambil tawakkal, perkara tak mustahil 'pasti' berlaku  

in shaa ALLAH... DENGAN IZIN ALLAH.. :)


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Terima kasih jua, kerana sya juga belajar byk dari kamu, sungguh ia ujian yg benar mengajar.

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥