Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, June 11, 2014

: Nota Hati Lelaki ^_^ :







" Allahurobbi, kerana mata lelaki berdosa , kerana mata nafsu meronta, dan kerana mata, terliar pekerti jauh dari yang esa ^_^ namun kerana mata juga turun ke hati "

"Rasa ingin 'menulis lagi' banyak perkara ingin aku coretkan untuk hari ini, cantik sungguh kamu upload gambar dalam istagram, sambil bersusun pujian dari lelaki kau terima, sedang aku cuma mampu senyum, senyum selagi boleh ^_^ apalah rasa ceruk hati ini, menebal rasa untuk menegur kamu, namun 'harus' kebalkan hati, aku menghormati kamu sebagai seorang 'Hawa' aku mengagumi kamu sebab kamu berubah menutup aurat , cuma simpanlah sedikit 'indah' kamu itu pada yang berhak ^_^ rugi mahar tinggi tapi perhiasan diri sudah dikongsi seisi bumi "



" kerana isu ini makin bercambah idea untuk terus berkarya, ALLAHU, wahai Hawa, jangan risau ALLAH sudah catat siapa dia untukmu, memang kau suka makan puji, namun pujian itu cuma makan diri, kerana pujian itu lebih giatkan kamu menonjolkan diri, dan kerana pujian itu semakin membuat kamu hilang tingkatan 'iman' pada diri ^_^ tetapi mungkin kamu tidak perasan bukan "

Cantik sudah kamu, cantik malah elok dipandangan lelaki cuma simpanlah sedikit buat bakal suami, turuti mahunya, jelitakan pandanganya melihat kamu, disitu lebih afdhal, disitu juga redha tuhan menyapamu, disitu juga kamu akan peroleh berkatnya, in shaa ALLAH, kerana dirimu begitu berharga :)

Ada satu 'masa' andai seorang lelaki tidak memujimu berdepan, tidak pula menghinamu berhadapan, bukan sebab dia tiada 'hati' pada kamu, bukan dia tidak kisahkan kamu, cuma dia risau, risau melihat mata lelaki lain melihat tubuhmu sebelum dia, risau kerana kamu masih dalam perhatiannya, risau kerana kamu mungkin hanyut dengan pujian mereka, dan kerana kamu sungguh bernilai disudut mata hatinya :)

Ada satu sudut lelaki itu bukan menghinamu, bukan pula memarahimu, dia cuma mahu 'menjagamu' dia cuma mahu melindungimu, dia cuma mahu selalu menjadi ingatanmu, selalu menjadikan kamu tajuk dalam hatinya, selalu meletakkan kamu selepas bonda, rasul dan pencipta, kerana dia cuma ada kamu, dia cuma ingin kamu, dia cuma mahu kamu, dia ingin menikahimu ^_^

Ada satu ketika, lelaki itu bukan memujimu , dia hanya 'sinis' sahaja, dia hanya puji sambil ingin membangkitkan perubahanmu, dia sengaja puji kerana ingin kamu terus berubah, namun dia bukan puji berhadapan dia puji melalui doa, dia puji melalui sindiran, dia puji melalui sebaris ungkapan mesej, tanpa perlu sebutan ^_^

dan ada satu saat, ada lelaki yang suka perhati, ada lelaki yang selalu melihat kamu, mengintai dari tirai maya, menyapa melalui nasihat dan tarbiah, menegur dengan kedamaian serta kerendahan hati, selalu mengingatkan kamu tentang tuhan , selalu memuji kamu didepan bondanya, selalu mendoakan kamu bahagia walaupun bukan bersamanya, selalu tersenyum melihat coretan kamu dilaman sosial :)

 sambil berdoa :) ya ALLAH, jagalah dia, jagalah dia dari nista dunia, jagalah dia dari hasad dengki manusia, dan lelaki itu adalah aku..... Allahurobbi semoga kamu berubah... Allahuma AMINNNN.. IKHLAS dari aku peminat sepi...



Penulisan hati ini tidak akan bernoktah selagi ALLAH beri ilham untuk aku mencoret rasa, semuanya dari ALLAH, semuanya pinjaman semata-mata, andai 'indah' penulisan ini, maha hebat lagi ALLAH, andai membekas penulisan ini, mahakarya lagi ALLAH , kerana DIA kita hidup diatas dunia, dengan izin-NYA kita memeluk agama islam yang bakal membawa kita ke syurga ^_^ apakah kamu tidak bersyukur?

Disaat mereka bertanya apakah calon 'Hawa' Yang diidamiku, sambil berseloroh aku menjawab 'dia yang selalu setia mendengar celoteh nasihatku, dia yang mahu belajar agama dariku, dia yang terima aku seadanya aku, paling penting kenal 'bonda' kenal kekurangan dan kelebihannya, yang pasti syurgaku dibawah redhanya, dan syurga zaujahku dibawah pimpinanku berserta redha tuhanku ^_^

Untuk tanggal 12 Jun , merupakan hari lahir seorang hamba ALLAH, in shaa ALLAH aku cuma mendoakan dia mendapat lebih baik dariku, semoga dipermudah urusan hidupnya dunia dan akhirat, in shaa ALLAH :)


" Menulis apa sahaja terlintas dihati , menulis apa sahaja dipandangan mata insani, menulis dengan bahasa hati, maaf jika terasa, ini penulisan hati seorang lelaki, lelaki pendosa , lelaki yang masih mencuba berubah menjadi lebih baik, lelaki yang masih belajar agama, lelaki yang papa tanpa apa-apa kerna yang pasti segala apa yang ada ALLAH yang punya , maaf andai terasa maafkan saya ^_^ "



“Sometimes it takes a very big mistake 
we make in life to transform us into the best of people.
Sometimes, we need to be hurt in order to grow. 
We must lose in order to gain. 
Some lessons are learned best through pain.
If you want to know where your heart is, 
look where your mind goes when it wanders. 
When you want something you've never had, 
you have to do something you've never done ^_^

O Allah! Take me closer towards Your pleasure,keep me away from Your anger & punishment, grant me the opportunity ... aminnnn ^_^




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥