Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, January 21, 2014

: Mungkin Bukan Aku II :







Disaat Kau Cuba Tinggalkan Dia, Kenangilah Saat Dipertama Kali Cuba Memilikinya Dulu , Yang Membuatkan Seseorang Itu Kuat Bukan Sedalam Mana Dia Sayang Dan Cinta, Tetapi Setebal mana Kenangan Yang Ada Disaat Suka Dan Duka, Moga Allah Redha 

# Ingat Perkara Halal Tetapi Dibenci Oleh Allah Adalah Penceraian , jadi jauhilah kalimah cerai dari bibir anda 


ALLAHuakhbar ^_^ jiwang pula penulisan kali ini, mungkin panahan novel cinta islamik milik  habiburahman el-shirazy  menjadi  kamusnya, hikayat hidup selalu tertumpu pada kata nama "cinta" , segala isi dunia ini maha karya ROBBUL JALIL , juga kerana Cinta-NYA kepada kita ^_^ saban hari hidup , bernafas dibumi ALLAH diberi peluang oleh-NYA untuk terus menuai amal, cuma segalanya terpulang kepada kita sama ada untuk mengambil peluang  untuk terus beribadat atau terus leka dengan pesona dunia ^_^



Ada seorang gadis dan mungkin banyak lagi gadis mendamba seorang lelaki yang hebat dari segi agama , ekonomi juga personaliti diri. Setiap kali menjengah laman muka buku, kata-kata coretan hati tentang jodoh selalu menjadi tajuk dalam setiap nukilan hati. Sungguh lelaki sebegitu dambaan semua gadis, seperti kata seorang selebriti wardina safiyah "Relationship is about responsibility" sungguh ALLAH sahaja tahu aturan hidup ini , mungkin tidak menjadi dambaan Hawa, cukup sahaja selalu dalam redha pencipta .



Tiada garis panduan untuk aku letakkan piawaian sebagai seorang isteri , kerna setiap hari aku bermuhasabah diri, andaipun mengagumi belum tentu dapat memiliki cukuplah cermin rata-rata diri, kata mereka aku baik, makanya aku bakal dapat gadis yang baik-baik, namun tiada siapapun tahu sudut hatiku, sambil selalu bercermin diri aku yakin mungkin tiada juga gadis yang faham coretan sisi gelap hidupku, AllahuAkhbar hantaran bagi memiliki seorang gadis makin meningkat naik harganya, seumpama menjual diri, tanpa tahu kehidupan selepas berkahwin lebih utama.



Benar , andai kita merancang untuk bernikah kita harus tahu dan bersiap sedia, memperkasa ekonomi juga mempertingkatkan iman bagi memimpin seorang isteri, namun berbaloikah 'harga yang tinggi' untuk memiliki gadis, dah wang disimpan itu habis hanya untuk majlis sehari? Apakah 'janji' seorang Hawa UNTUK terus setia pada suami? Adakah kerana lelaki itu mampu dari segi ekonomi kamu terus menikahi? Adakah kamu tahu sisi hidup lelaki itu, adakah kaya pengetahuan agama, atau jahil tanpa tahu wujudnya Tuhan yang esa.


Pemikiran seorang tua yang sering bermain ligat diminda, mereka "lelaki penjawat awam lebih menjamin masa depan anak mereka" , setiap kali aku iqtikaf disurau juga masjid , selalu mendengar pujian pakcik-pakcik sekelilingku, sambil selalu berseloroh menyakat aku ^_^ hanya senyum bisa aku lukiskan, askar, polis, tentera, juga guru menjadi pilihan untuk dijadikan menantu mereka. Sungguh pemikiran seperti dahulu kala, rezeki ALLAH bagi bukan kerana 'kerja' tetapi kerna ALLAH ,mungkin jawapanku juga bercorak 'klise' tetapi hakikat dunia semua ALLAH yang punya.


" design banner sempena maulid untuk Masjid juga untuk sebuah sekolah sekitar Muar, tersenyum aku dikala seorang hamba ALLAH menyapa, " hari ini jangan lupa azan Zohor MACAM biasa dekat sini" , susah nak jumpa lelaki 'rajin' ke surau ^_^, semalam aku menghidupkan 'jemaah' disekitar sebuah surau di Melaka, sunyi surau itu, mungkin masyarakat sibuk bekerja, kebetulan 'perniagaan kecil sepupuku' berdekatan dengan  surau tersebut, jadi aku cuba menonjolkan diri, semoga tidak dipertanggungjawabkan di masyar nanti..


 Tersenyum sinis aku, walau aku kerja sendiri sambil menyambung design tidak siap dari sepupu rapatku, syarikat kecil ini juga milik dia , aku cuma membantu , terkadang tanpa gaji pun pernah, bukan semua 'bisnes' selalu maju ^_^ tambahan sepupu baru sahaja menimang cahaya mata, dia lebih 'perlu' duit, sedang aku hanya tempelan , cuma untuk membantu dirinya ^_^


Disetiap kali aku melakukan kerja sukarelawan walau dikala itu , wang saku hanya ada padaku sejumlah RM10 , aku hanya bertawakkal, kerja-kerja juga, ikhlas dan ibadat bila mahu lakukan, andai semua kerja mahu 'upah' malaikat pun tiada kerjalah mahu catat pahala atau dosa, berseloroh hatiku ^_^ ALLAHuakhbar , sambil kesana juga kemari aku masih berusaha mencari pekerjaan lebih elok dari sekarang, dengan harapan ALLAH buka jalan rezekiku seluasnya, sungguh andai nak capai cinta manusia pun selalu dalam hampa, inikan pula "hawa" untuk 'setia' menunggu aku yang masih tiada apa-apa ^_^

Dikala cuba merantau seperti dulu, aku 'mesti' akan tatap wajah bonda dalam-dalam, dalam benak fikir ini selalu berkata " andai abang ude, merantau lagi , siapalah yang akan urut kaki bonda sebelum tidur, siapa akan masak untuk bonda andai bonda tidak sihat? , tetapi rezeki di tempat sendiri selalu tidak menyebelahi mungkin perlu berhijrah lagi ^_^ di hati ini walau ingin pergi tetapi sangat risau akan dirinya .


Aku mungkin akan terus bermuhasabah untuk mengenali 'cinta' , pendam sahaja rasa dalam-dalam, kuburkan sahaja aksara perasaan, tanggungjawab lebih utama dan terutama, cuma terkadang 'hati' perlu kalimah sayang, perlu kekuatan menempuh segala cubaan dunia yang selalu menggila ^_^ masih sedar diri untuk mendamba 'hawa'  DAN segala pesona dunia, MUNGKIN aku harus melepaskan setiap rasa, sambil membina bahagia hanya dengan penulisan juga tinta perasaan.


Tiada piawaian juga idaman untuk aku meletakkan 'hawa' sebagai perhatian, cukuplah suka melihat sambil 'likes' tidak aku katakan aku cinta, cukuplah aku rasa tak layak buatmu HAWA, langkahan kaki ke musolah masih ligat, kesihatan ALLAH beri dengan langkahan kebaikan, mungkin hanya berjalan kaki, terkadang membawa motor buruk untuk ke rumah ALLAH, sedang nyatanya walau kereta mewah yang kau ada, kenderaan terakhir yang membawamu hanya tetap sebuah keranda.


Mungkin aku tidak punya apa-apa, inikan pula mahu bernikah ^_^ jika kau rasa ada yang lebih layak, maka jangan pernah tahu kondisi hatiku, terbanglah bebas semahunya, aku masih mencuba berusaha mengenal dunia, walau usia makin tua, aku tak dapat memberi kesenangan dunia ^_^ cukuplah ALLAH wahana Cinta yang selalu ada, aku 'manja' pada-NYA, aku selalu mengadu pada-NYA, aku terkadang ingin kesenangan terhadap dunia, namun DIA beri ketenangan yang tiada tara.




Never regret anything that has happened in your life. It cannot be changed, undone, or forgotten. 
So take it as a lesson and move on. In Shaa Allah 

Don't promise when you're happy. Don't reply when you're angry. 

And don't decide when you're sad. AllahuAkhbar 

In life we don't get what we want, we get in life what we are. If we want more we have to be able to be more.  There are many lessons to learn from mistakes. You'd be surprised by how many things your past taught you. 

# Sometimes the best way to appreciate something is to be without it for a while.

 in shaa ALLAH 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Unknown said...

Insyaallah..mdh2an dpt accpt sglnye..n move on..(^_^)

Anonymous said...

Allahurobbi...nukilan yg sgt menyentuh prsaan...

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥