Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, January 13, 2014

: Hati Lelaki Ini ^_^ :





" Merangka Hidup Ditahun ini  nawaitu tetap sama mendamba apa sahaja perlakuan diredhai Allah yang esa , sambil menjengah usia yang makin tua, harus selalu dekatkan diri pada yang esa, tuai ilmu di majlis-majlis agama  mahu perbaiki iman, juga akhlak nak jadi lebih baik, kalau dulu selalu berkain pelikat ke masjid, tahun ini nak selalu berjubah pula ke masjid , cuma amat sukar untuk istiqomah  "

# selalu berdoa , walau dapat rezeki , walau hanya RM 1, menabung dalam tabung ayam  angan-angan nak bernikah, sambil penuhkan barang dapur untuk bonda, mungkin Allah sahaja tahu, segala pengharapan ini  cuma mungkin belum tiba masanya lagi... AllahuAkhbar ...


Allahuakhbar, maha hebat ALLAH, aku masih berpeluang untuk hidup diatas muka dunia yang serba fana ini, nyatanya masih punya peluang untuk aku berubah sambil mengajak mereka yang lain sama-sama berubah menjadi lebih baik. Daie ( dakwah) ada banyak gaya, ada banyak cara, ada banyak sudutnya. Bukan bererti kau mengingatkan dia tentang azab ALLAH mereka akan suka, fitrah manusia ^_^ carilah disuatu sudut kelembutan sambil mengajak mengingati tuhan, mungkin tidak mencela, mungkin tidak bernada tinggi, tapi pastikan sampai ke dasar hati.

sebenarnya aku sendiri punya masalah hati, cuma dan nyata disini, aku tidak bijak berkongsi, aku hanya mampu mencoret segala segi perasaan dilaman blog usang ini, aku menulis sambil berharap hati kembali tenang, pelbagai cara untuk menenangkan kekusutan hati, selain dari solat taubat, berzikir sambil mengingati tuhan, aku memilih untuk terus menulis dan menulis, luahan dan retorik perasaan ini ALLAH sahaja tahu kondisinya, dan mungkin kali ini hamparan rasa ini bagai padang jarak padang tekukur, ALLAHurobbi Kau perkuatkanlah niat lelaki ini.

Tunjang utama sesebuah perbuatan bermula dengan niat ^_^ dan apa sahaja terkeluar dari lidah kala berkata-kata pastikan selalu dalam redha ALLAH, makruh hukumnya walau dalam masjid dan surau masih bercerita tentang dunia yang tak pernah habis, in shaa ALLAH segala apa berlaku pasti ada 'highway' untuk bertemu jalan keampunan tuhan, yang membezakan manusia yang beriman dan manusia yang gagal adalah, mereka selalu tahu ALLAH ada , walau dimana kita berada, pengucapan lidah, niat hati, dan apa yang difikirkan pastikan positif , sedarlah apa yang kita fikir, apa yang kita katakan, apa yang kita rasa, semua itu doa ^_^

Sebab itu aku masih mengajak orang lain melakukan kebaikan walhal hatiku sendiri dalam ujian-NYA, ALLAH kau semai rasa, kau benihkan debunga cinta, hingga hatiku kembali salju, namun aku sendiri harus sedar disetiap penawar rasa cinta, disitu ada racun yang bernama kecurangan, walau setia melangit sekalipun andai dia berbolak hatinya atas izin pencipta, kita harus terngadah juga sebelum parasit sakit itu terus merebak ke seluruh pelusuk hati ^_^

Sambil bonda selalu bertanya, 'abang ude okay? ^_^" dan aku selalu menjawab " okay jew, AllahuAKhbar , di hati hanya ALLAH sahaja tahu...

dikala ada masa terluang sekitar jam 5 selepas asar, aku selalu memetik gitar di laman rumah, cuma tahun ini aku kurangkan aktiviti itu, ada seorang anak kecil dalam lingkungan 8 tahun selalu mendekatiku,

 ' adik suka abang syuk azan ^_^ suara abang sedap, abang pandai menyanyi? ' tersenyum aku , mungkin dalam mindanya aku adalah lelaki contoh dan tauladan buatnya, dia tidak tahu yang aku pernah terhanyut rasa kerana muzik ^_^

pabila aku menulis tentang rokok, tentang bonda juga masjid , ada antara mereka mengatakan perkara baik jangan dimegah juga ditunjuk, bisik hatiku, aku cuma berkongsi rasa, niat hati ini rasa tenang pabila segala yang terbuku dihati sampai di hati masyarakat, corak dakwahku berbentuk penulisan, tidak aku mengatakan aku hebat , bahkan setiap kali penulisan dimulai dengan memuji asma tuhan, ALLAHUakhbar ^_^ aku cuma mahu mereka tahu 'manisnya' iman dikala segala segi hajat tercapai.. segala perkara dilakukan istiqomah..ALLAH, ALLAH, ALLAH..

Nyata disini walau aku bukan seorang perokok, bukan ustaz, bukan alim ulama, aku masih seorang insan, insan yang sering rindu pedoman agama untuk menjadi lebih baik, hati ini ingin bahagia pertamanya ingin selalu dekat dengan bonda, membelikan dirinya belanja dapur ^_^ lihat dia senyum, urut kakinya sebelum tidur, adalah 'harga ketenangan yang tiada galang gantinya, aku masih seorang lelaki miskin sambil ada juga menegur ^_^

"dari jauh jalan kaki dah kenal dah ^_^ baju sama sahaja, kain pelikat pun sama , nak ustaz belikan baru tak ? "

sambil bersahaja aku membalas 
" baju melayu warna purple ini ada sentimental value ^_^ "
sambil ustaz bertanya kenapa?

aku membalasnya , pemberian 'arwah abah dikala hidupnya, biar saya pakai saham pahala in shaa ALLAH akan ditabung di pokok amalannya juga, ALLAHUakhbar..

Sungguh masih bersarang rasa, aku perlu sokongan , terkadang aku tidak kuat untuk membuat keputusan dalam keluarga ^_^ aku berharap, aku bisa menjadi lelaki baik, dan istiqomah dalam setiap perbuatan.. aku berharap aku kuat dalam segala permasalahan hati..


Perkara utama untuk kita jaga adalah solat ^_^ namun pabila solat harus sempurna wudhuk, selain itu 'toharoh' harus jaga, andai nampak lelaki itu solat tetapi melakukan kemungkaran jangan berseloroh sahaja, mungkin dia solat tetapi wudhuknya belum sempurna, mandi junubnya belum cukup rata, dan solatnya belum benar ikhlas, pentingnya 'menjaga hati' , belajar agama, ada diantara kita menilai seseorang lelaki hanya dengan wajahnya, lembut wajah , manis kata sudah menilai ,tebal imannya ^_^ cubalah kenal dirinya rata-rata dulu.. ALLAH sahaja tahu..

Ada diantara lelaki memulakan ukhwah dengan berlagak baik, membantu seorang Hawa dalam kesempitan walhal hatinya cuma ingin menodai 'hawa' tersebut hanya menunggu masa, mungkin dikala kita postif terhadap dirinya kita lupa untuk belajar pendinding diri melalui ayat suci al-qur'an, in shaa ALLAH jika amalkan akan terpelihara dari hasad dengki manusia, sebelum keluar rumah jangan lupa baca surah al-falak sebanyak 11 kali, sambil berdoa semoga ALLAH lindungi diri dari hasad manusia dan jangan lupa amalkan setiap hari, in shaa ALLAH dengan izin ALLAH hasad manusia akan terhindar..

'Hati' sangat rapuh bukan? walau kenal lama, walau dia sedia tahu hati kita, belum tentu kekal lama, kita boleh merubah sesuatu nasib dengan ikhtiar dan usaha, disamping doa juga tawakkal, namun kenapa manusia curang dan memilih yang lain? Mungkin kita serba kurangnya, disaat dia 'berkawan' dengan kita segalanya mungkin indah belaka, bahkan episod hari-hari dilalui gembira ^_^ 

Namun DEMIKIAN ,diketika dia 'kenal' dunia sambil keluar dari kepompong hidupnya, dia banyak kenalan, hingga dia jumpa lelaki serba sempurna, berbeza dengan lelaki yang selalu dekat dengannya ^_^ ALLAHUROBBI semua itu aturan yang esa, manusia mahu setia bukan mudah, hatinya sahaja selalu dibolak balikkan namun, bukan semua harga kebaikan ditunjukkan melalui perbuatan, kerna ALLAH sahaja tahu niat hati seseorang itu ^_^ hanya dengan sepeuh perhatian, hanya dengan pujukan dan kiasan, tidak pula dalam tempoh yang lama, asal selalu dekat pada tepat masa, makanya gadis akan dicuri tanpa sebening rasa, sungguh jodoh itu pergi dengan sapaan kata, dan manusia akan serah semuanya..


Dunia ooohh dunia ^_^ pesona dunia , dan fitnah paling besar adalah Hawa, sebab itu ramai lelaki masuk ke neraka kerana tidak menjaga matanya, tidak memenjara nafsunya.. sungguh aku bermohon semoga dia berubah ^_^ aku bukan lelaki alim, aku bukan penglipur lara cinta, aku cuma daie dalam penulis, menulis aksara agama, dengan jiwa yang ada.. segala yang ditulis atas ilham ALLAH yang esa..




Don't ever change just to impress and please someone. Change because it makes you a better person and it leads you to a better future. ALLAHUAKHBAR ..

# Every experience brings more clarity to your life. As you learn from them you will see the blessings and then give thanks for each one. 

The more we find, the more we lose. The more we know, the more we hurt. The more we care, the more we are sad. AllahuAkhbar  

Don't look down you will be depressed. Just look to Allah, and you will be blessed! In Shaa Allah 


"The more time you spend complaining about your problems, the less time you’ll have to enjoy your blessings." 

Seeing my mother smile when I have a bad day just makes me forget about all my problems. Ya Allah, please keep all our mothers happy. Ameen.  ALLAHUAKHBAR, Allahuma Solli Ala MUHAMMAD 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Memang hawa fitnah dunia, kerana tu dia menyepi kerana dia tahu mungkin kerananya kamu akan ke neraka.

abg uda kuatkan.
Moga dalam jagaan Allah sentiasa.
Moga dapat bahagia kan bonda.
InsyaAllah.

Jaga diri. Jaga iman Jaga hati.

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥