Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, October 2, 2013

: Semoga Allah Redha II :




Belum kenal, jangan nilai. Menilai ni bukan kerja kita. Iman, Taqwa, Hati tu semua dlm rahsia Allah. Allah tak pernah suruh kita jadi hakim. 

# Some days I may be weak, but that's OK, because I know I have a strong Allah. 



" tak salah kita nak beribadat, jadi salah bila kita beribadat semata-mata mendamba pujian  MANUSIA ^_^ namun bukan hak kita pula nak melabel seseorang itu riak kerana niat hatinya hanya ALLAH sahaja tahu, tidak bermaksud dia update status di facebook, bertujuan riak, siapa tahu dia cuma nak kita sama-sama mengingati , siapa kita nak hukum manusia kita juga hamba dibumi ALLAH INI "

sebaik-baik penawar hati adalah selalu bersangka baik pada ALLAH juga manusia, sentiasa positif, berhusnuzhon , walaupun seseorang itu cuba mengacu sebilah pisau untuk menikam kita dari belakang , kita masih ada ALLAH hakim yang maha adil ^_^

dan selemah-lemah iman pula adalah mereka yang selalu berputus asa, berburuk sangka dan sifat ini juga tergolong daripada salah satu sifat mazmumah ^_^

andai ada diantara kita "mengajak" melakukan kebaikan walau dalam hati kita, kita pernah melakukan, kita ingin melakukan, kita juga sedang melakukan, jangan kau berkata...

 "aku tahulah!!" , bajet alimlah kau, 
" aee aku lagi tahu dari kau" 


tolong JANGAN berkata demikian rupa, balaslah tindakan baik mereka dengan senyuman, siapa tahu ALLAH yang hantar mereka untuk menguji iman dan amal kita, andai kita berilmu kita akan bijak mengawal lidah kita dari mengeji seseorang itu ^_^


dengarlah "nasihat" seseorang hamba ALLAH  walaupun dia seorang pelacur sekalipun siapa tahu, di akhir kematiaanya dia "taubat nasuha" atas taubat itu ALLAH semai "taqwa" ALLAH ambil nyawanya dengan keadaan terpuji , siapa pula tahu dia juga bakal menjadi tetamu ALLAH di syurga nanti? sedang kita sendiri tidak 
tahu pengakhiran hidup kita bagaimana?

siapa tahu?



"ada satu soalan saya terima melalui pages "syuk al-hafiz" :


"Boleh tak saudara syuk jangan "bajet alim" beritahu satu dunia yang saudara syuk lakukan kebaikan, dengan pakaian macam sekular, komunisme, islam bukan macam ini saudara, islam tidak menganjurkan kita riak dalam ibadat"

alhamdulillah satu soalan yang amat bijak dari salah seorang pembaca dalam pages "syuk al-hafiz" , disini aku ingin meminta maaf atas segala perkongsianku dalam pages tersebut menimbulkan "rawan" hati dalam hati sahabatku semua, sungguh aku merangka pages itu pada mulanya hanya sahabat "quality assurance engineering" sahaja yang "likes" aku bukan seorang "public figure" juga seorang yang dikenali, cuma aku suka meluahkan rasa dengan pena juga tinta, setiap bait-bait kata diolah dengan metafora berbunga dan kata-kata jiwa yang menyentuh hati, demi ALLAH tiada pula rasa ingin "riak" juga takabur....

Bukan semua mereka kenal siapa aku, ada sebilangan dari mereka adalah kenalan rapatku , aku menulis kerana "bakat" yang ALLAH bagi padaku, andai kamu merasa aku riak dan takabur, sekali lagi aku meminta maaf, catatan akhir bakal jenazah ini menukilkan helaian perasaan dan perkongsian semasa, tertumpu pada kehidupan sendiri , ibadatku juga segala perkara dikongsi aku, tanpa mereka kenal siapa sebenar aku..

aku menulis untuk kamu semua renung dan tenung kembali, zikir dan fikir, semoga selalu menjadi kalam muhasabah, kala aku menyentuh hati kalian, aku mengingatkan tentang sahabatku agar selalu "mencari redha ALLAH" , MENMGHORMATI ibubapa juga MENDAHULUKAN solat sebelum menjengah laman sosial , bukan bermakna aku lelaki terpaling alim di seantero dunia ^_^ daie/dakwah ada pelbagai cabang, berdakwahlah kamu mengikut zaman kamu, kata bijak pandai...

tidak pula aku menghukum manusia, dengan dosa juga pahala kala aku melihat khilaf mereka didepan mata, aku memuji seorang Hawa, bukan bermakna aku " kasanova", bukan bererti aku "buaya darat" aku menyapa mereka dengan helaian perasaan berkaca, membisik ditelinga, dengan keadaan paling beradab.. "cantik rambut kamu, tapi lebih cantik andai kamu menutup aurat dengan sempurna", aku membisikkan kata  azimat semoga mereka terkesima 
sambil senyum melirik rasa malu kala melihatku ^_^

disini aku ingin kongsikan perihal "riak" sebagai fahaman kamu wahai saudara ^_^


Riak itu ialah : Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia. Riak berasal daripada kalimah ‘roa’ iaitu bermaksud lihat. 
Riak itu suatu yang dikeji dan dimurkai Allah.


Mengapa riak itu tidak dibenarkan..? kerana seseorang yang riak dalam amalan bermakna dia telah mengambil sesuatu yang keji (redha manusia)dan dia telah meninggalkan sesuatu yang mulia (redha Allah). Sedangkan Allah telah menjanjikan ganjaran yang sangat besar bagi hamba-hambanya yang ikhlas dlm beramal, lalu mengapa manusia berpaling daripada memilih ganjaran Allah
 sebaliknya mendambakan pandangan dan pujian manusia. 



Riak itu ibarat manusia berpakaian hitam yang berjalan di dalam gelap. Sukar untuk disedari akan kewujudannya kecuali bagi orang-orang yang selalu bermuhasabah dan memperbaharui niatnya.



Peringkat Riak

 Riak Akhbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.



 Riak Asghar

Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.


 Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.




 Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.


Punca Riak

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada 
penyakit riak ini antaranya ialah;

 Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

 Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

 Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran 
atas segala pekerjaan yang dilakukan.


" andai segala nukilanku dikatakan "riak" , maafkan aku wahai saudara, bukan semua mereka kenal siapa aku, terima kasih prihatin dengan pages diilhamkan ALLAH kepadaku, mungkin ada hikmah diatas teguran tadi, memang benar aku belum cukup istiqomah, memakai sunnah juga pakaian yang dipakai rasulku, memang aku masih bertatih merangkak mengenal ilmu ALLAH, namun dalam hatiku sangat kerdil rasanya jika ingin bermegah dengan kekurangan yang ada , dakwah itu banyak "method" dan caranya, moga ALLAH redha wahai saudara "



"walau setebal mana pengetahuan agama kita , tanpa memanfaatkan pada yang lain , kita umpama papa dan tidak berguna, kerana Allah suka kita menambah pengetahuan juga berkongsi ilmu yang kita ada  "

# walau anda bukan ustaz/ustazah anda harus bijak tarbiah mereka yang leka dan alpa, mana tahu Allah hadiahkan bahagia yang tiada taranya 

" Mungkin Benar Aku Tiada Masa Depan Dunia , kata mereka tapi aku tetap yakin pada Allah masa depan akhiratku, biar aku bermotor buruk sekalipun asal tidak selagak jalak yang berkokok sambil mendabik dada, gah dengan kereta dunia yang ada, sambil keranda masih menunggu setia disana "

# hati imanku tersakiti lagi  Allahuakhbar!!!




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥