Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, October 4, 2013

: Hati Kamu Serapuh Awan ^_^ :



 Ramai orang bermadah :
"Aku TIDAK PERLUKAN cinta manusia, aku cuma PERLUKAN CINTA ALLAH.."

Kan LEBIH ELOK jika BERSIKAP ADIL :
"Aku perlukan CINTA MANUSIA yang mencintai Allah sehingga aku dapat mencintainya KERANA Allah.." ♥ ^_^


wahai hati andai kata kamu bisa mati melihat segala pesona duniawi , perhambakan sepenuhnya hatimu untuk rabbi , jika kamu setia DIA juga setia dan jika kamu terlalu merindukan-NYA , DIA bakal memberikan rasa manis ketika melakukan ibadat kerana-NYA , DIA selalu ada walau kamu berada di hujung dunia yang tak punya sesiapa ^_^ 
insya-ALLAH hati kamu kepunyaan illahi..

hati kamu serapuh awan , hati kamu mudah terpesona melihat indahnya ciptaan tuhan , adapun dia yang indah adalah yang paling berbisa , kamu tetap memuja dan selalu menyebut namanya , wahai iman siapa dia yang paling cantik pada bicara iman itu?
 yang cantik adalah dia yang selalu menjaga iman , dan selalu memperhebatkan amal ibadatnya dengan istiqomah hanya kerana yang esa..^_^
kata nafsu , yang cantik adalah dia yang selalu dipandang oleh pelusuk dunia , dia yang selalu menjadi siulan dan sering menggugat sebuah keimanan...dia yang menjual harga cantiknya dengan   riak , takabur dan ujub nauzubillah min zalik..

hey , hati adakah kamu memilih dia kerana parasnya? sedarkah kamu monolog penceritaan ini sedang berkisahkan tentang pilihan kamu? adakah yang cantik itu selalu menjadi pilihanmu ?
wahai iman adakah kamu tahu hati sedang dalam dilema , pesona dunia mengetuk hati lelaki itu , dan dia terkesima dengan cantiknya ciptaan tuhannya , adakah dia sedang memilih jalan yang betul?
subhanallah iman sedang berbicara , wahai lelaki itu sedarlah kamu apakah yang terlihat dalam istikharahmu dia yang datang meracun akalmu dan menjadikan kamu terus terhanyut , akan tetapi ada seorang lagi gadis yang menunggu tautan hatimu , dan kamu memilih untuk diam sambil berhujah tentang kisah lain , adakah kamu sedang mempermainkan hati gadisnya?

adapun segala yang ada pada kamu wahai Adam semuanya milik pencipta , retorik penghujahan dan kalam dakwahmu telah mengetuk banyak hati gadis diluar sana , dan kamu tak bisa memilih dia ? 
yang mana satu bisa selalu ada denganmu , 
antara dia , atau dia yang lain...?


dan saat kamu berhujah dalam kidung doa disepertiga malam kelmarin kamu telah mendapati jawapan yang agak samar , tidak sama seperti dulu , kamu bisa terhanyut dengan pilihan hatimu , tetapi kenapa iman juga tertunduk melihat pilihan hati itu? dan berbicara si iman dalam satu sudut sepi , indah jika mukadimah ukhwah itu dimulai dengan ta'aruf dan pengucapan yang indah dan bingkisan ayat penyata yang dilemparkan jangan berlapis dengan janji manusia , pimpinlah hawa itu hingga menuju syurga...syurga cinta itu biar berakhir dengan pernikahan dan biar segalanya berlaku pada jalan-NYA... dan cinta yang ALLAH berikan tidak tercarik dengan nafsu yang mungkin sahaja bisa membuat kamu jauh dari kecintaan ALLAH yang esa ..^_^

wahai hati serapuh awan adakah istiqomah itu sedang menjadi milik kamu?
apakah kamu telah berjanji dengan ramai gadis untuk menikahinya?
adakah kamu seorang pemain cinta?
dan adakah harga lelakimu terlalu mudah bisa menyebut kalimah sayang yang murah harganya?

bisikanlah hati serapuh awan , titisan airmata lelaki itu mengalir dia buntu , dia idak tahu dimana pengakhiran penghujahan di depan ALLAH nanti ,
lafaz sakinah ini untuk siapa?
siapa bakal zaujahku?
kenapa ramai yang menungguku?
kenapa aku?

lalu iman yang selalu menjaga menjawab wahai lelaki , kamu perlu selalu menjaga hati , bukan mudah menjadi imam , bukan juga mudah untuk memimpin kaum hawa , akan tetapi bicara hati kamu bisa menipu kerana dia memilih rasa suka , yang berlegar sama dengan bisikan iman akan tetapi istikharah-MU lakukan lagi dengan penuh khusyuk ALLAH sedang mengujiMU , dia pilihan-MU adalah dari ALLAH...
pilihlah diantara dia yang merindu tautan agamamu , yang memilih kamu untuk membimbingnya , bukan kerana wajahmu yang punya idaman gadis itu...biar dia mengidamkan bimbingan ikhlasmu..kelak nanti kamu akan dipermudah tatkala dihisab oleh ALLAH..
 lakukan sebaik-baiknya demi masa depanmu-  insya-ALLAH taala...


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
 dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
 Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram,
 umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
 Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
 Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,  maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

"Semua Orang Ada Kisah Pahit Manis Dalam Kehidupan, Tidak Perlu Terlalu Tahu ,Tidak Perlu Terlalu Peka, Tidak Perlu Menjaja Kekurangan Untuk Meraih Cinta, Andai Tidak Suka Kan Boleh Jujur Beritahu, Jangan Hukum Seseorang Tanpa Duduk Dekat Berbincang Dengannya , Memang Saya Banyak Kurangnya, Sebab Saya Bersyukur Dengan Apa Adanya lah saya tidak tunjuk muka  "

" pendekatan penulisan bercorak santai bukan kala kita berhujah agama kita seorang ustaz, kita semua boleh berdakwah , dakwah itu perlbagai cara dan method, hiraukan pandangan orang lain, niat kita,iqtikod kita biar selari dengan ikhlas biar sama dengan istiqomah, saya minta maaf andai ada salah " 

# jujur saya rindukan, pengertian Hawa dalam hati saya 




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum ,, tkseh atas pngk0ngsian ilmu saudara ,, ^_^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥