Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, October 7, 2013

: Sekadar Lelaki Biasa iv ^_^ :





tidak perlu aku jaja namamu untuk satu dunia tahu,
tidak pula aku menjerit sekuat hati biar pecah halwa telinga mereka,
cukup sahaja aku membisik di anak telinga itu ucapan ALHAMDULILLAH..
terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya ^_^

insha-ALLAH satu hari nanti.......


alhamdulillah , menurut seorang hamba ALLAH cetusan perasaan seorang lelaki ini selalu dijengah oleh ratusan pemilik hati , namun jangan kau terfikir bukan "sebab" coretan ini membuat kau jatuh hati, aku cuma sentuh qalbumu , membuka hijab akalmu semoga kau tahu , masih ada seorang lelaki menunggu setia si Hawanya, yang ALLAH telah siap menulis tentang hidupnya tunggu masa sahaja cinta bertemu noktah.


" sejak aku menetap di Shah ALAM baru pertama kali seorang hamba ALLAH menegurku , selalu kamu seorang diri , kamu tiada teman ke wahai saudara? Aku membalasnya, bukan tiada teman , cuma mungkin belum waktunya lagi, bukan jual mahal cuma tidak mahu tersalah beri hati, sambil sahabatku senyum melirik sinis, sambil berkata....... "cukup sudahlah menunggu dia yang mustahil , jengahlah hati lain yang selalu setia mengintai kau di ceruk ini? sambil aku berseloroh berpura tidak tahu , dan balas sahabatku itu , 
"kau pun tahu siapa sahabatku? ^_^......."

Tipulah andai aku  mengatakan tiada siapa tidak suka akan diriku, sebenarnya ada sahaja cuba mendekati cuma, aku masih simpan hati pada seseorang betul dan benar untukku, aku tidak mengangankan "neelofa , anzalna, kilafairy menjadi ragaku", kerana mereka cukup mempesona menyentuh berahi semua lelaki, sedang aku hanya mampu memalit rasa pada sentuhan retorik bersahaja di sudut blog ini, siapa sahaja kenal aku, belum tentu mampu menyentuh hatiku ^_^ belum tentu terima fizikal dan kekuranganku lagi ..

arakian perasaan yang ada untuk berjodoh semakin berkurang , kerana aku banyak berfikir tentang masa depanku yang samar-samar ini  ^_^ sehinggakan , banyak mulut yang berkokok dikala aku kembali berniaga tepi jalan menjual burger, tanpa pengetahuan bonda, setelah berusaha ke utara,timur dan selatan ,berusaha mendapatkan  kerja lebih baik setelah meletakkan jawatan selaku seorang "planner" di Sebuah syarikat yang agak terkemuka di Malaysia , RAMAI juga mula bertanya "kenapa?" ada pula jiran tetangga yang mula merangka cerpen mudah , menoktahkan segala kekusutan yang aku alami dengan kadar fitnah ^_^ sungguh aku masih bersabar dengan persekitaranku selalu sahaja menabur racun dalam hati kecilku..

bukan mudah melalui saki baki usia dibumi ALLAH ini , bukan semua mereka suka akan kita , aku punya seorang adik lelaki yang masih belajar di UTHM mengambil jurusan "civil engineering " , dugaan yang dia lalui maha dahsyat walaupun dia masih seorang pelajar dia sudah memiliki bisnes sendiri membuka bisnes sewa kereta , dan dia juga merupakan seorang manager di sebuah Syarikat Solar yang baru meningkat naik, adik sudah mula membeli sebiji kereta sendiri dan beberapa lagi unit kereta untuk tujuan sewa kereta sebagai mukadimah bisnes kecil-kecilan yang dia sendiri rangka, namun demikian dia pula dituduh, dan difitnah oleh jiran tetangga hinggakan pernah anggota  polis cuba menggeledah rumah kami, sungguh kuasa fitnah itu maha dahsyat , aku juga turut mengalami perkara yang sama hingga ku menamatkan pekerjaan yang sedia ada padaku, andai hari ini anda rasa, andalah orang paling "susah, sukar dan payah" ada lagi orang lain lebih besar cubaan imannya, lebih tebal sabarnya dan lebih tinggi cabaran hidupnya ^_^ sedang anda masih bisa senyum melata walau hanya duduk bersahaja tanpa kata....

tiada manusia terlahir dengan hidup serba lengkap melainkan ALLAH akan mengujinya pada sudut lain , walau dia punya harta separuh dunia, dia belum tentu bahagia kerana semakin dia memiliki semua, semakin tebal hasad manusia lain yang cuba menjadi seperti mereka ^_^ hidup ini bukan berlandaskan karma, tapi hidup ini punya qada' dan qadar sendiri, segala yang datang punya hikmah tanpa kita ketahui.

Mereka yg berbahagia bukanlah mereka yang hidup tanpa masalah, tapi mereka yg terampil mengelola setiap masalah menjadi penuh hikmah "

andailah manusia lain bisa positifkan diri tanpa menyemai dengki dan hasad menjadi sama, 
akan indah seluruh dunia , cubalah bersangka baik ^_^ 
siapa kita nak hukum manusia,
pengakhiran hidup kita juga dalam keranda nanti , aku akan lebih cekalkan hati nurani ini..
tebalkan rasa dalam segala helaian perasaan yang ada, 
semoga ALLAH redha....

terksemina kala menonton filem "KL GENGSTER 2" ,Watak Malik Menyayangi bonda ada sepersis aku, namun aku masih lagi berpaksi pada dosa juga pahala, walau sesusah mana aku lalui, aku berjanji yang aku tidak akan sentuh perkara haram dan batil, aku bermohon pada ALLAH semoga SELALU istiqomah menjaga bondaku JUGA istiqomah menjadi hamba-NYA yang selalu setia pada agama...

pagi ini aku mengejutkan bonda, memanggil-manggil dengan penuh manja, rupanya bondaku kurang sihat hendaknya ^_^ aku cuba memegang erat tangannya, 


sambil dia berkata " andai abang ude tiada dalam rumah ini, mesti mak tak terbangun subuh,"

sambil aku membalas pula, " kalaupun abang ude tiada , abang ude akan kirimkan doa moga malaikat yang jaga mak akan kejutkan mak ,setiap kali subuh nanti ^_^ dan bonda senyum melata, terasa tenang melihat senyuman bondaku...semoga ALLAH selalu menjaga kesihatannya diusia 65 tahun ini...


Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesempitan itu ada jalan keluar, pada setiap kesusahan ada cara mengatasinya dan
memberikannya rezeki daripada sumber yang tidak disangka sangkanya.”

(HR Abu Daud)



" Aku Menulis Untuk Satu Tajuk Didasar Hati, Walau Metaforanya Penguat Rasa, Tetapi Seni Dalam Perasaan Tetap Bernyawa , Rasa Yang Terus Punya Ragamnya , Dan Jiwa Yang Terzahir Bisa Melinangkan Airmata  "







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥