Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, September 29, 2013

: Jom Nikah Awal ^_^ :


".. terkadang hati rasa sunyi , bukan bererti ALLAH jauh dari hati , namun ingin juga dicintai, bukan bermkasud tiada kasih sayang keluarga dikanan kiri, cuma fitrah insani , aku ingin peneman duka lara, sama macam orang lain cumanya, belum cukup mampu dan sempurna dalam segala segi , biarlah tawakkal, ada jodoh adalah , andai tiada biarlah aku sendiri sambil menjaga bondaku hingga akhir hayatnya ^_^.."


Kadang-kadang lelaki sengaja menyakat , bukan sebab tak suka  sebab suka melihat karenah dia, tak seronoklah asyik serius memanjang, saya sebenarnya lelaki yang gila-gila tapi soal agama, soal hati dan perasaan saya tak akan main-main ^_^






Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

#5 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

#6 Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergihoneymoon tanpa gangguan :P

#8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

#10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
*  *  *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi??
Hantarkan rombongan meminang! Besok juga!
........................................................................................





sejak berusia 13 tahun , aku akan selalu ke Hospital Pakar Sultanah Aminah, di Muar Johor, aku berhabis masa disini andai abah tidak menjaga kesihatan, maka akulah anak yang akan selalu menjaga juga menemaninya disetiap hari ^_^ kala itu juga aku belajar menjadi matang, tidak aku menggunakan usia remaja melepak di Pasaraya juga di MegaMall hanya untuk membuang sisa masa, melainkan aku harus menjaga abah yang selalu sahaja sakit ^_^

mengimbau kenangan lama, pada tarikh ini sudah hampir 8 tahun arwah abah pergi, pada sekitar usia 16 tahun usiaku, tepat jam 2.30 petang ,10 syawal , tarikh itu masih menjadi ingatan walhal telah lama arwah abah pergi meninggalkan kami semua ^_^ aku rindu akan tarbiah darinya, mengingatkan aku pada ALLAH, menyemai rasa tanggungjawab walau aku belum cukup matang kala itu, abah pergi kerana rokok, dan nekadku tidak akan merokok sampai bila-bila pun , aku belajar menjaga abah, menukar lampin untuk dia walau ketika itu aku baru berusia belasan tahun, di akhir-akhir hayatnya dia tidak bisa bergerak seperti insan biasa, jadi aku juga lelaki yang harus selalu berada disisinya ^_^

ramai antara mereka berbicara, mana bondaku kala aku disisi abah, maka balasku, bonda hanya tahu mengalirkan airmata melihat penderitaan suaminya, dia tak bisa melihat akan sengsara yang dilalui suaminya, dan biarlah aku membalas segala jerih perih keringat abah , dia menghadiahkan aku seutas jam tangan yang masih dalam simpananku hingga ke hari ini walaupun jam itu masih tidak berfungsi, aku menghargai abah dia banyak mendidik aku menjadi lelaki yang serba tahu , andai tiada dia mungkin aku tiada jati diri seperti ini , bonda tidak salah apa-apa, jiwanya halus cukup sahaja bonda menjadi ratu hatiku selalu menyokongku tanpa lelah dan penat dialah wanita terunggul dalam hidupku meski dia tiada pendidikan tinggi ^_^

sebenarnya aku cuma berkongsi segala rasa, aku suka melihat seorang jururawat kala menjaga abah, mereka selalu sabar walau pesakit yang dihadapinya punya banyak karenah, aku mengagumi mereka, cumanya sehingga kini aku tidak ketemu "jurupulih" hati yang bisa memadamkan rasa kala aku menyemai suka, jururawat yang merawat abah selalu bertanya, " adik ini datuk awak yew?"  balasku " Encik Yusof ini  abah saya" ... mungkin usia abah yang berusia nampak seperti aku seorang cucu, 
walhal dialah bapa kandungku selalu ada disisiku..

" pernah bonda berkata padaku , bonda suka "jururwat" menjadi pedamping sisiku, aku pula berkata, "jururawat" belum tentu boleh pulihkan hati gundah ini, bonda pernah berkata dia suka seorang "cikgu" menjadi suriku, balasku aku ingin menjadi cikgu kala dulu , cuma cita-citaku tidak kesampaian , namun aku tidak perlu meletak piawaian untuk menepati cita rasaku, jua bonda, asal dia selalu tahu ^_^ bonda akan terutama, dan dia juga utama cuma Hawa itu mungkin perlu faham 
tanggungjawabku sebagai seorang anak lelaki "

coretan hati ini bukan bermakna aku akan berjodoh dengan jururawat ataupun seorang guru ^_^ kerna aku sendiri tidak tahu siapa dia pemilik tulang rusukku, sedang hari ini dan ketika ini aku belum cukup "syumul" untuk menyentuh perihal jodoh , tidak mahu aku hidup susah dikemudian hari , aku masih merangkak mencari lubuk rezeki , sambil merangka impian semoga ALLAH permudahkan jalan rezekiku ...

ada seorang Hawa Itu , dia sangat baik padaku , dia merupakan siswazah ^_^ dia selalu ada walau sesusah mana aku, dia setia menanti tanpa jemu , dia terima aku apa adanya, cuma aku selalu beritahu padanya, doakan aku murah rezeki  wahai Hawa, semoga hubungan kita temui noktahnya . mungkin kau bukan gadis anganku , tapi kau lah Hawa yang selalu menantiku tanpa jemu , semoga ALLAH menjagamu...


Aku bukan nak beritahu aku lelaki idaman malaya, cuma aku nak mereka tahu ^_^ lebih baik nikah awal, andai cukup sempurna segala hal, indah bukan? aku tidak sanggup pendam rindu lama-lama, menyusun huraian dosa dan noda, fitrah cinta ada dalam hatiku , aku ingin bernikah sempurnakan agamaku , aku ingin sempurna dalam segala hal , aku ingin beritahu aku boleh berjaya nanti !!

" jangan terlalu meninggikan adat hingga hantaran berpuluh ribu membebankan pihak lelaki, sedang paling utama cuma lah bernikah, ijab dan qabul, sambil memberi makan pada jiran tetangga juga sanak saudara walau hanya seekor kibas  "



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

cantik sungguh mata ciptaan Allah :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥