Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, September 26, 2013

: Daie ITU rindu Dakwah ITu CINTA :



" ANDAI kamu menutup aurat sambil berniat takut pada azab api neraka, malaikat bakal catatkan pahala, namun andai kamu menutup aurat hanya demi dia , juga kerana manusia kamu hanya mendapat pujian semata-mata kala bertudung labuh pula kamu harus bijak menjaga lidahmu, juga tutur katamu, walaupun kamu menutup aurat dengan sempurna belum tentu niat itu berpaksi pada tuhan yang satu, terkadang sedar tidak sedar riak sedang menguasai segenap hatimu, maka sia-sialah tudung labuh yang kamu pakai sehari-hari "  

# dakwah memang mudah, berubah memang mudah, namun nak ikhlas dan istiqomah itu yang bukan mudah salam magrib ..... 



“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhanny dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):
“Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka.
“Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga “Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
“Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung.”
Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meniggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).
(surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”
(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

 Sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi’in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.
Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab “Istighfarlah kepada Allah swt”
Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab “beristighfarlah kepada Allah swt”
Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab “Beristighfarlah kepada Allah swt”
Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya. sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan “Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!”
Maka Hasan menjawab “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)”.

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah surah an-nuh ayat 10-12 yang bermaksud
“Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu”

Contohilah Hasan al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.
Istighfar sebagai usaha memakbulkan doa. ^_^

..................................................................................

sekadar selingan sahaja ^_^ , ALHAMDULILLAH terima kasih sudi follow pages, di hati ini hanya tuhan yang tahu ^_^, juga pages "syuk al-hafiz" mungkin aku masih belum cukup dikenali di merata tempat, belum juga mampu menjadi idola sesiapapun, cukuplah aku menulis kata-kata pedoman semoga aku dan kamu semua selalu ingat mengingati, dan selalu dalam redha ALLAH ^_^
sedih kala aku dicemuh sedemikian rupa, kala mereka melihat pakaianku, aku masih menutup aurat, aku masih seorang lelaki perindu tarbiah agama, cuma aku belum cukup istiqomah menjadi lelaki selalu dalam sunnah kala pemakaiannya ^_^ memang aku masih jahil , memang aku serba serbi kurangnya  , aku akui kekurangan dikanan dan kiriku..
bukan mudah menulis sesuatu "status" di fb , mendidik dan mengajak orang lain , melakukan kebaikan, mungkin aku bukan seorang ustaz, ada pula mencemuh kala aku bercerita tentang muzik juga hobi lain yang selalu menjadi  peneman sisiku , dakwah rasulullah bermula dari akhlak bagaimana kita nak cuba  beri orang 'suka' kalau dari awal lagu sudah mengherdik juga mencemuh ^_^

method dakwah banyak sudutnya, memang kita ada 'agama' ada halal juga haramnya, namun kita masih boleh kan menjaga hati orang lain?
cinta juga dakwah dengan suburkan akhlak yang baik, mencuri hati , bukan bermakna bermain cinta, cuma ingin sentuh hatinya tentang santun agama, hari ini mungkin dia alpa pada ALLAH siapa tahu lain hari dialah orang paling setia dalam agama ^_^
" ..Dia tidak menutup aurat, saya puji rambut dia cantik , bukan bermakna saya 'gatal' juga menggalakkan dia membuka aurat, sambil saya berbisik saya beritahu dirinya , tapi andai kamu bertudung lagi cantik Allah pun suka  bukan bermakna saya curi hatinya, cuma saya cuba semai kemanisan agama dikala berbicara.." 

# andai semua nasihat dimulakan dengan ,dosa!!! neraka!! azab!!! , bagaimana mereka nak suka agama kita 
teruskanlah membaca nukilan hati juga monolog hati dari saya semoga ALLAH selalu redha, insha-ALLAH ^_^

aku bukan lelaki baik untuk seorang perempuan yang sangat baik , itulah hakikat sebenarnya cukuplah aku dengan cerminan pekertiku dia sahaja mampu menjadi pedamping sisiku, mungkin bukan ustazah juga para perindu agama, kerna aku yakin apa yang tertulis untukku 

I fall, I rise, I get hurt, I make mistakes, I learn, I repent. But I'm alive, I am human, I am not perfect, but I always say Alhamdulillah. ^_^


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥