Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, April 4, 2012

: kerana fitnah itu tersangat dalam :







Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...

(al-Baqarah: 191).


Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, di dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.
Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi...^_^

 firmanNya: ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?...




(al-Hujurat: 12)




JIKA kamu merasa sakit , jika kamu difitnah dengan seisi alam padahal kamu bukan begitu , 
insya-ALLAH aku selalu istiqomah menrima kamu apa adanya kamu , kerana aku lebih kenal kamu dari mereka ^_^

indah sungguh bintang yang menghiasi malam , wujudnya bintang menjadi lampu yang menerangi alam , subhanallah hari ini dia bercerita tentang seorang hamba ALLAH yang meminati dan mencintai dia , hamba ALLAH itu menggunakan alasan kerana agama untuk mendekatinya , walhal dia hanya ingin cinta akan dirinya bukan kepada agama kita , subhanallah apakah erti cinta pada kamus hidup lelaki itu? dia seorang hindu yang diberi izin ALLAH dengan mempunyai kepandaian luar biasa , namun belum masanya dia menerima hidayah dari yang esa... walhal lelaki itu dikelilingi sebilangan besar mereka yang beragama islam pada ketika ini...



gadis itu seorang periang , suka akan senyuman dan dia tidak mudah melebel mereka disekelilinginya musuh sebelum mengenali mereka , gadis itu punya pesona yang sangat mengoncang iman , bisa juga membuat jantung berdegup kencang dengan segala tingkah sopannya . senyuman yang diukir selalu menambat hati si lelaki, namun dia sedang menerima kesulitan, sekarang dia difitnah oleh seorang lelaki yang dahagakan cinta dan belaiannya , namun gadis ini sedang berubah dia ,menjaga hatinya untuk seorang lelaki ...

kelembutan gadis itu menyebabkan dia dimanipulasi dengan gaya perilaku si lelaki hindu ini , pada mulanya lelaki ini menunjukkan gaya ingin mengenal agama islam dan kerana itu gadis bertudung likup ini menyambut salam ta'aruf dengan hati yang terbuka sungguh dia seorang gadis yang sangat polos dan mudah sahaja disentuh hatinya..  

dengan berbekalkan kata ingin mencintai islam lalu lelaki ini berjaya mendekati gadis ini , dan mulalah dia utarakan rasa berbunganya hati tatkala si gadis berbicara tentang keindahan agama ALLAH , gadis ini sedang melalui fitnah dunia yang maha besar oleh lelaki hindu ini , lelaki hindu ini telah berjaya menipunya dengan hanya rajuk kata, yang hanya retorik semata-mata, malah gadis ini menangis... kerana mahkota singgahsananya disentuh oleh tangan si hindu yang hanya ingin menjadikan gadis ini santapan nafsunya....dan gadis ini sedang menangis mengenang kata dan pujuk rayu lelaki hindu ini..dia bakal dimalukan oleh harga cinta murahahan lelaki ini , lelaki ini ingin memalukannya dikhalayak ramai malah mungkin juga dilaman sesawang nanti sungguh rencana lelaki hindu ini sedang disusun rapi bagi menjatuhkan aib gadis suci ini tanpa berperikemanusiaan  jadi gadis ini perlu seseorang untuk dia kongsikan segalanya dan aku menerima  luahan rasanya dengan hati terbuka..lalu dia bercerita segalanya kepadaku...

aku membalasnya wahai gadis aku telah lama menunggumu , aku melihat kamu dari kejauhan itu...meski aku seorang penunggu sepi... sejak pertama kali aku melihatmu , aku telah melakukan istikharah semoga ALLAH permudahkan langkahan ta'aruf kita , namun kamu pergi meninggalkanku dengan langkahan penuh hiba , aku akan selalu bersamamu walau seisi alam bakal disebarkan perihal cerita buruk tentangmu , aku lebih mengenalimu jadi jangan risau , jiwa dan ragaku selalu istiqomah buatmu gadis..jika kamu tidak bisa membalas cinta lelaki itu jangan pernah mengungkap kata harapan untuknya..itu sahaja aku boleh nasihatkan....jika dia bakal membuat kamu di aibkan yakinlah jika kamu bukan gadis seperti itu kamu masih berpeluang menghidu bait-bait hujah kebenaran...

   ALLAH SELALU ADA , dia tidak pernah tidur makanya kamu berdoalah selalu jangan ketika susah kamu mengingati-NYA dan jangan pula ketika senang kamu melupai-NYA     
wahai gadis itu , aku selalu berkata jalan hidup ini selalu dalam putaran rodanya , aku tidak pernah membenci kamu jadi aku akan selalu memberi kata maaf buatmu, dan pada mana istikharahku pada malam yang lalu , aku bermimipi satu kebahagian , aku akan menjadi pedamping buat dirimu selamanya... MENGIMAMKANMU BERSAMA KELUARGA KITA  Dan kamu jika lelaki itu tetap tegar melakukan fitnah itu..aku akan tetap pertahankanmu , walau aku dipanah seribu dan mungkin aku juga bakal ditomah dunia aku tetap mencuba menjaga mahar gadismu dan cintaku ini tidak akan bernoktah sampai kapan pun... itu sahaja yang aku mampu...insya-ALLAH sampai bilapun aku selalu ada buatmu istiqomah bersama fitrah cinta yang diberi tuhan untukmu..dan jika satu masa nanti kamu sudah
memahami makna cinta yang sedang aku lukiskan ini , ketika itu mungkin kamu akan tahu walau aku tiada didunia ini , doaku tetap selalu menjadi peneman dikala sunyi dan sepimu...kerana kamu selalu dalam ingatan doaku disetiap kali aku beribadat mengabdikan diri kepada ALLAH kamu selalu dalam carta hati aku tak bisa melupakanmu..kerana KAMU adalah segalanya buatku..

AKU hanya ingin bersamamu dengan menamatkan segala penantian ini dengan pernikahan , puas sudah aku melihat kamu menjadi bahana cinta dari pelbagai jenis lelaki , pernah aku menangis , aku berdoa supaya kamu memandang aku disudut sepi ini , lalu kamu berlalu pergi aku tetap menanti lagi walau berpanas , berhujan berembun , disetiap kali aku mengepalai jemaah aku terkadang curang pada tuhanku kerana pesonamu sangat menyengat hati dan perasaanku jadi aku beristigfar aku tidak mahu berlakunya zina hati , dan aku menebalkan rasa itu dengan egoku...aku berdoa , semoga  satu masa nanti  kamu bakal datang kepadaku dan akhirnya kamu datang dengan sambutan salam yang sangat mengembirakan dan aku menyambutnya dengan kalimah salam dan tanda doaku dimakbukan tuhan....subhanallah semoga kamu terpelihara dari fitnah hamba ALLAH ITU , aku akan berdoa semoga apa sahaja yang berlaku padamu selepas ini aku tetap akan menunggu dengan istiqomah insya-ALLAH selagi ALLAH menginzinkan aku untuk hidup lagi didunia ini..

insya-ALLAH taala...^_^


Aku ingin Mencintaimu karena AGAMAMU..
Aku ingin menyayangimu karena AKHLAKMU..
Aku ingin bersamamu karena ALLAH SWT..''

Maka, terimalah diri ini seadanya..
kekuranganku akan menjadi pelengkapmu... ^_^

" JanganLah menikahi wanita karena KECANTIKANNYA,
karena kecantikannya itu dapat Membuat seseorang lupa diri.

"JanganLah menikahi wanita karena HARTANYA,
karena harta itu akan menjadikannya Sombong.

tapi....
NikahiLah wanita itu karena AGAMAnya.
sungguhpun budak itu adaLah wanita yang HITAM,
tetapi yang beragama adaLah lebih baik bagimu."

~ HR. Ibnu Majah, Bazzar dan Baihaqi ~

ada satu pertanyaan daripada seorang hamba ALLAH DAN MEMBUATKAN AKU TERINGAT KAMU SELALU ^_^

Soalan : "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG

HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR"  

                                                                     







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥