Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, December 12, 2011

: wanita itu tanggungjawab lelaki :





  Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

“Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya),
ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok.” 

(Hadis Yang Diriwayatkan Oleh: Muslim)


Pada tanggal 9 Dzulhijjah tahun 10 Hijrah iaitu sebelum kewafatan Rasululloh s.a.w, salah satu wasiat Baginda yang disampaikan melalui khutbah Wida’ kepada sekalian umat Islam, iaitu agar kita mengawasi dan memelihara kaum wanita sebagai satu amanah. Tugas dan tanggungjawab ini, ditujukan khusus kepada kaum lelaki yang berperanan sebagai suami, bapa, abang atau adik dan umumnya sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini. Ini dijelaskan sebagaimana petikan sabda Baginda Rasululloh s.a.w yang bermaksud:

“Takutlah kamu kepada ALLAH dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah ALLAH.”
(Hadis Yang Diriwayatkan Oleh: Muslim)

Dalam mendidik wanita, kita tidak boleh mendidik mereka dengan cara yang terlalu keras, kerana ia tidak sesuai dengan fitrah semulajadinya yang lemah lembut, kerana ini tidak akan memberi apa-apa kesan pendidikan. sebaik-baiknya, mereka ini dididik dengan cara yang hikmah, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Pendidikan dengan cara yang penuh hikmah, akan berjaya membentuk wanita-wanita yang solehah. Kita yakin bahawa wanita yang terdidik dengan ilmu di atas landasan iman dan taqwa, mereka ini akan sentiasa menjaga serta menghargai kehormatan dan hak mereka selaras dengan tuntutan ALLAH dan Rasul NYA. Kegagalan kita mendidik kaum wanita adalah punca sebenar mereka melakukan tindakan yang salah.
Kaum lelaki yang fitrah kejadiannya sebagai ketua atau pemimpin, seharusnya berperanan mendominasikan pembentukan peribadi wanita yang mulia dan terpuji, sentiasa memberi dorongan melakukan tindakan yang betul dan dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru tanggungjawab berat yang
diamanahkan ini, kaum lelaki perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu
pengetahuan yang secukupkan untuk menjadi contoh teladan kepada kaum wanita yang di bawah tanggungannya. Islam sekali-kali melarang keras kaum lelaki daripada menyalahgunakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini.
Bagi memenuhi tugas yang dipertanggungjawabkan, iaitu memelihara wanita
sebagai amanah, samada isteri kita, anak-anak, adik-beradik, ibu atau wanita yang di bawah jagaan kita, marilah sam-sama kita menjadi pelindung dan
pemelihara kaum wanita. Dan kita yakin bahawa hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang mampu memikul amanah ini. Iman yang sempurna akan mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Oleh itu
seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawabnya dalam memelihara hak, bererti tidak sempurna iman mereka.

Begitupun Islam menggariskan bahawa golongan wanita itu dipimpin oleh kaum lelaki, ini tidak bermaksud merendahkan status atau harga diri seorang wanita, bahkan sebenarnya ini adalah menepati ‘SunnatuLLAH’ yang kuat menjadi pelindung, dan yang lemah dilindungi. Ukuran yang menentukan tingginya martabat seseorang itu di sisi ALLAH ialah ukuran amal dan taqwanya sebagaimana dijelaskan firman ALLAH:

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣

Surah: Al-Hujarat. Ayat: 13.
Terjemahannya: Wahai umat manusia! sesungguhnya KAMI telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan KAMI telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha mendalam Pengetahuan NYA.




  • Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.

  • Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.


  • Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )


    Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

    0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

     
    ♥ syuk al-hafiz official blog ♥