Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, December 1, 2011

: Kisah Sebuah Kematian :

"....YUSOF BIN ALIAS, kembali ke rahmatullah jam 2.20 petang , petang khamis, 10 syawal 1427 hijrah bersamaan 02 november 2006 , umur 71 tahun ......"

hari ini kala ini dan masa ini aku kehilangan seorang abah yang selalu menasihatiku , dengan kata-kata indahnya , dia mengajar aku tentang dunia , dia mendidikku menjadi lelaki yang perlu bertanggungjawab demi sebuah keluarga , arwah abah seorang yang sangat zuhud dan penuh dengan ilmu , walau dia tidaklah belajar setinggi mana , kata-katanya cukup mengambarkan ilmu ALLAH yang dituntutnya memang tiada tara .....

ketika ALLAH mengambilnya dari kluargaku ketika itu usiaku 16 tahun , aku sangat ghairah mengejar usia remaju , seperti orang lain aku ingin mencuba mencari apa yang seronok dipanggil remaja , rupanya semua itu hanya sementara , tiada hebatnya , orang lelaki jika sedang melalui usia ini mereka akan mencuba pelbagai benda , rokok , cuba dekat dengan perempuan dan ingin kebebasan, padahal sebenarnya jika salah langkah pada ketika ini memang tidak mudah untuk berpatah balik kerana usia ini merupakan ..medan menjadi manusia dan insan dibumi ALLAH....

Saat Allah MENGAMBIL nyawa abah , dikala itu rakan sepermainanku sibuk bertempur di medan peperiksaan akhir tahun , aku masih ingat lagi dikala ini aku baru beberapa detik meninggalkan wad untuk menunaikan solat fardu zohor , hati ini rasa satu perasaan yang sangat ganjil , dikala aku mengangkat takbir degupan itu menunjukkan sesuatu petanda yang aku akan menghadapi satu peristiwa yang tidak bisa dirungkai dengan kata-kata..

selepas sudah menunaikan solat fardu zohor diperkarangan surau hospital tunku aminah muar johor , aku bergegas melihat arwah abah sungguh aku terkilan aku dimaklumkan bahawa arwah abahku telah meninggal dunia di saat setiap langkahan aku ke musolah tadi , sungguh aku menangis ,aku tidak dapat menuntun kalimah tauhid , buat abahku , puas aku bertanya kepada jururawat disitu adakah mereka melihat bagaimana saat abahku menghadapi sakaratulmaut? aku menangis teresak-esak , baru semalam aku belajar memakaikan lampin orang tua buat abahku sekarang aku tak dapat melakukannya lagi..

abah jika dikala ini aku ada aku akan menuntun kalimah itu agar kamu tidak mati tanpa syahadat ALLAH , aku tidak akan sesedih ini aku tidak akan sekecewa ini , demi ALLAH aku bukan anak yang baik tapi aku masih berusaha memperbaiki diriku ..

ketika abang-bang tiriku ,sama-sama bercakaran tidak mahu menjaga arwah abah katanya , sibuk bekerja di bandar metropolitan itu , aku sedikitpun tidak berkata apa , kerna aku tahu dia abahku , dia segalanya buatku , walau kami lain ibu benih abah tetap sama yang menyatukan kami semua ,aku sengaja tidak membenarkan bonda menjaga abah kerna aku tahu dia tak kuat menghadapi semua ini , hati nya yang halus bisa sahaja mengalirkan airmata..

dikala aku belajar memakaikan lampin pada abah , semua orang perhatikan aku katanya , "JAGA ATUK DIK? , Aku senyum sahaja kataku dengan bingkasnya dia ayah saya , selepas itu mereka semua menganguk mana taknya , semua disekelilingku yang jaga orang sakit tidak seusiaku , dan tidak sejantinaku , aku lelaki , aku mesti bertanggungjawab sebab aku mesti tunjukkan aku berguna untuk keluargaku....

hari ini usiaku menjangakau angka 20an aku sudah belajar menghadapi kehilangan walau , semakin ramai orang yang bakal meninggalkan aku , aku sudah pun belajar menghargainya kerna , aku tak ingin hidup dalam kekesalan , aku akan menghargai sesiapa yang singgah dalam hidupku , bukan sahaja kasih akanku beri malah jiwa dan raga akanku persembahkan...

aku ingin menjadi anak yang soleh aku juga ingin menjadi , abang kepada adikku , aku ingin menjadi imam kepada keluargaku , akan aku jaga mereka akan aku jaga lebih dari diriku kerana tanpa mereka aku tidak akan pernah wujud , aku meletakkan muhasabah sebagai simbol peribadiku , kerna aku tak ingin hanyut dari rahmat tuhanku !!



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥