Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, November 30, 2011

: Pemilik hatiku :


‎" KECANTIKAN WANITA itu TIDAK BERERTI apa-apa bila DIBANDINGKAN dengan KEMULIAAN AKHLAK dan KEMULIAAN PERILAKUNYA. Dan sesungguhnya TIDAK ada WANITA yang SANGAT CANTIK; tetapi, yang ADA ialah KAUM LELAKI yang SANGAT LEMAH bila BERHADAPAN dengan KECANTIKAN! " ~ Hukama!

Andainya dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz
Allah pasti akan mencampakkan rase kasih sayang dalam hatiku, jua hatimu. ♥ ♥
♥ ♥ pemilik hatiku ♥ ♥

♥ wahai kamu yang sedang bertakhta di hati ini , ingin aku mengingatkan hadirku adalah untuk kamu , aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu, yang selalu ada disisimu tanpa sebarang kesal dan rasa gundah ♥

♥ jika kamu merasakan kasih sayang lelaki umpama angin menyapa lalang , biar aku lelaki yang bisa membuka mata hatimu , kerna jika seorang lelaki mengabaikan kamu , aku ingin menjadi seorang lelaki yang menghargai kamu ♥ ♥

♥ jika kamu menangis kerana luka semalam izinkan aku menjadi tempat persinggahanmu , aku turut akan mengabdikan diri menjadi pendengar setiamu , asal kamu tahu hatiku selalu tersentuh melihat kisah lukamu itu ♥

♥ jika aku boleh melukiskan perasaan ini , akan aku lakar wajahmu di kotak hatiku dan aku tidak akan memadam kembali kerana aku ingin rasa itu tersemai di sanubari tanpa ada mereka yang kedua , ketiga dan seterusnya ♥

♥ anganku adalah menjadi imam dikala solat lima waktumu , agar kita selalu bersama tanpa ada ruang memisahkan kita walau aku yang akan pergi suatu hari nanti ♥

♥ impianku adalah mendirikan mahligai yang bahagia bersamamu , dan aku ingin membawamu ke syurga tuhanku , di sana kita dan keluarga berserta anak-anak menjadi penghuni tetap di sana ♥ ♥

♥ aku ingin kamu tahu , rasa istiqomah ini bukan untuk ribuan gadis diluar sana , tapi hanya kamu , buat kamu dan untuk kamu , aku hanya ingin menghabiskan seluruh masaku bersamamu ♥

♥ bila berkata mengenai setia biar aku mengajarmu erti setia itu ,kerana setiaku adalah menjadikanmu kawan , teman dan kekasih sepenuh masa buatku , sampai masa kamu juga akan menjadi isteri yang halal untukku ♥

♥ jika kamu masih memilih yang lain akan aku berdoa semoga engkau bahagia walau bukan denganku , kerana aku sudah nekad walau engkau bukan pertama engkau adalah cinta hamba yang terakhir untukku , semoga kamu tahu aku sedang meletakmu di antara terhebat di carta hatiku , aku ikhlas mengenalimu dan aku juga akan ikhlas meninggalkanmu jika itu suratan illahi ♥

Syuk al-hafiz >


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥