Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, December 11, 2011

: Kau Tercipta Untukku :

                                                                 






                                                                              
 sekuat mana kita setia..
sehebat mana kita merancang..
sejauh mana kita menunggu..
sekeras mana kita bersabar..
sejujur mana kita menerima..
jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama..
kita tetap tidak akan bersama..

♥ ♥ matlamat saya adalah untuk bersama awak insya-ALLAH ♥ ♥


Biarkn Senyum menjadi pembuka 
untuk seluruh kisahmu hari ini . . . 
Meskipun kamu merasa kurang 
Baik dalam diri mu , biarkan damai 
tinggal di hati mu . . . 
Jangan biarkn apapun mngusik ketenangan & hadapilah hari ini , esok dan selamanya  dengan senyuman karana masih ada sejuta kisah yang menanti untuk di warnai dengan
senyuman mu . . . ♥ ♥ ♥


Hidup seorang mukmin wajib berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Apabila Rasullulah s.a.w sendiri yang memberi panduan dlm memilih pasangan hidup, supaya diutamakan yg beragama, siapalah kita untuk menidakkannya.
Sayid Qutub berkata:
Pernikahan atau perkahwinan merupakan hubungan yang paling mendalam, paling kuat dan paling kekal yang mengikatkan di antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan-sambutan dan penerimaan timbal-balik yang paling luas yang dilakukan oleh dua manusia itu.
Oleh sebab itu hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan titik pertemuannya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi. Untuk mencapai perpaduan hati, pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu akidah dan tujuan hidup, kerana akidah merupakan sesuatu yang paling mendalam dan luas mengimarahkan jiwa manusia.
Akidahlah yang mempengaruhi jiwa manusia, menyesuai dan menentukan perasaan-perasaannya, penerimaannya dan seterusnya akidahlah yang menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.
Yang menjamin seseorang itu TIDAK soleh atau solehah, adalah lemahnya usaha menggunakan akal yg sempurna dikurniakan Allah untuk mendidik hati & bermujahadah melawan hawa nafsu. Sesungguhnya Allah tidak akan menganiayai hamba-hambaNya walaupun sedikit melainkan mereka yg menzalimi diri sendiri.
Niat, menentukan adakah berkahwin itu untuk mencari redha Allah atau sebaliknya (cantik, harta, kedudukan?). Nobody is born a ‘maksum’. Jikalau kita merasa diri tidak sempurna dari segi ilmu atau pengamalannya, adakah berputus asa di situ? Adakah itu bermakna, orang yang jahat dan berdosa tidak layak utk membersihkan dirinya sehingga ditingkatkan darjatnya oleh Allah swt. Ada tanda-tandanya bagi orang yang benar-benar ingin kembali kepada Allah – salah satunya adalah dia akan berusaha untuk istiqomah membersihkan diri sehingga hatinya akan cinta kepada Allah, dan cinta pula kepada sesiapa yg mencintai-Nya.
Jikalau seseorang itu mencintai seseorang yang soleh / solehah dengan ikhlas (kerana ketaatan mereka kepada Allah) – itu adalah salah satu tanda yg taubatnya diterima oleh Allah atau tanda yang dia telah dianugerahkan kurnia yang sangat besar dari Allah.
Jangan pula merendahkan orang-orang yang belum soleh tapi ingin kembali kepada Allah atau mencari jalan yang lurus atau mahu mencintai orang-orang yang mencintai Allah. Dalam hal ini tak semestinya dalam mencari jodoh sahaja.
Seseorang yg hatinya mati dan jauh dari hidayah kerana engkar kepada Allah, tidak mempunyai sebab untuk mencintai orang-orang yang mencintai Allah (hanya kerana cinta mereka kepada Allah). Harap dapat difahami ayat yang kompleks ini.
Kalau kita belum sampai tahap soleh (dan menyedarinya), adakah kita akan menjerumuskan diri kepada kebinasaan? Atau menunggu waktu ke neraka?
Takdir Allah akan tetap berjalan walau apapun, dan redha dituntut atas apa yang Allah kurniakan. Tetapi saya lebih gembira jika kita dapat mempraktikkan dulu piawai yang di saran oleh agama – ikhtiar untuk istiqomah (kekal) memperbaiki diri & ketaatan kepada Allah dan cuba mendampingi (jodoh, teman, sahabat) yang mempunyai matlamat yang sama. Kenapa? :
1) Konsep tawakkal dalam Islam adalah usaha yang pro-aktif di samping pergantungan rohani kepada Allah melalui ibadah, doa & solat istikharah. Sama sekali tidak salah memilih pergaulan yang baik kerana niat untuk membina hidup yang bahagia di dunia & akhirat walaupun diri tidak sempurna. Mudah-mudahan dengan pertalian itu, ia dapat menyelamatkan melalui usaha nasihat-menasihat, ingat-mengingati dan sebagainya.
2) Kita akan di hambat ujian demi ujian sehingga ajal sampai, adakah kita akan bersama teman yang komited untuk sama-sama membimbing dan mendidik ke syurga atau sebaliknya? Kita berusaha untuk menasihati, berbincang , tapi terpulang kepada Allah untuk memberi hidayah. Kita tidak memutuskan silaturrahim, kerana umat Islam itu bersaudara, tapi ucapkanlah ‘Assalamualaikum’, berdoa dan berlalulah, jika maruah diri kita tidak dipedulikan.
3) Hanya orang yang bertakwa kepada Allah (yang beriman belum tentu lagi bertakwa), tidak akan menganiayai, mempermain-mainkan harga diri atau mensia-siakan hidup pasangannya / sahabatnya. Pernah berlaku kepada seorang yg begitu mempercayai temannya dan pernah meminta dengan tulus ikhlas “Can you guide me?”. Malangnya, setelah kepercayaan diberi, dikhianati, bukan jalan syurga yang dibimbing, malah jln maksiat yg diajarkan. Selepas hilang suka, ditinggalkan sahaja, orang lain dicari sebagai ganti. Sounds familiar? Begitulah besarnya pengaruh seorang yang di percayai atau orang-orang yang didampingi.
4) Kita bertanggungjawab terhadap pilihan dan amalan kita. Pernahkan kita terfikir, mengapa kita menderita, kenapa kita menangis, kenapa kita dizalimi? Adakah seseorang yg berhati suci & benar-benar takutkan Allah akan menzalimi seseorang yang lain? Renungkan sejenak.
Yang soleh atau solehah itu juga TIDAK akan pernah sempurna, akan tetapi tanda-tanda orang yang jujur dan taat pada Allah itu ketara. Adakah Allah akan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa memperbaiki amalan & pilihannya?
Kita bukan ingin menjadi masyarakat malaikat, tapi masyarakat manusia yg hidup di bumi tapi bertunjangkan petunjuk dari langit. Ini adalah ikhtiar dan usaha kita, apa-apa pun yg dikurniakan atau tidak oleh Allah, akan & pasti berlaku hanya dengan izin Allah jua.
Berusaha, berdoa, bertawakkal. Selebihnya adalah urusan Ilahi.
Allah Maha Mengetahui & Maha Mengasihani.
Al Husain bin Muthahir berkata:
“Bersihkan dirimu dari segala urusan,
agar setelah itu tiada nafsu yang tersimpan,
jangan dekati segala urusan yang haram,
sirna kenikmatannya dan kepahitannya terpendam.”

Sufyan Al-Sauri bersyair:
“Kenikmatan yang diharapkan begitu sirna,
dosa dan cela tetap melekat selama-lamanya,
akibat keburukan tetap terlihat nyata,
tiada ertinya kenikmatan yang disusuli neraka.”



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

mcm prnh ku lihat baris ayt d ats 2..tp d mna ya..(berfikir sejenak)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥