Apa dayaku menghalang,,
Jika kaki mu ingin melangkah pergi,,
jika kita menyayangi seseorang lepaskanlah dia
Jika dia kembali dia adalah milik kitaJika tidak, dia bukan lah milik kita sejak dari mula lagi.
Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta,
hanya untuk menemukan bahawa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya... ...
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d :11)
Dalam kehidupan,kita sering menemui perkara yang mengecewakan. Anggaplah ia sebagai satu tarbiyah dan jangan cepat berputus asa. Sentiasa bersyukur dan yakinlah dengan hikmah aturan yang telah Allah tetapkan. Hargailah kesempatan yang masih diberikan Allah s.w.t ke atas hambanya dengan sebaiknya. Demi masa,sesungguhnya manusia kerugian,melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh.
“When it rains all the birds fly for shelter but eagle alone avoids the rain by flying above the clouds.
Their problem is the same but their attitude differs”
Kecemerlangan tidak diperolehi dengan mudah. Ada harga yang perlu dibayar. Kita harus mengharunginya dengan mujahadah. Inilah masanya untuk meninggalkan zon selesa dan melangkah kehadapan. Untuk berubah,tidak cukup dengan sekadar menginginkannya secara biasa-biasa tetapi mesti menginginkannya dengan berkualiti iaitu mahu berubah sekarang dan bukan esok atau akan datang. Teringat kata-kata sifu saya “Mengetahui sesuatu itu salah tetapi sering mengulanginya adalah suatu penyakit yang tidak dapat diubati melainkan diri sendiri yang mencari penawarnya”
Rahsia orang yang berjaya adalah mereka mempunyai satu kuasa yang dikenali sebagai ‘kuasa bertindak’. Mereka mempunyai kemampuan melaksanakan apa yang dirancang dan dapat melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu. Kesimpulannya,keazaman untuk berubah adalah tidak cukup andainya tiada kuasa bertindak.. ayuh berubah jangan biar kecewa menguasai diri persetankan rasa kecewa itu ALLAH kan ada?
Zon selesa adalah musuh utama bagi insan yang menginginkan kecemerlangan dalam hidup di dunia dan akhirat. Dalam diri kita,ada banyak kekuatan yang tersembunyi. Kita berkuasa untuk memecahkan tembok penghalang dan memiliki kekuatan yang jauh lebih hebat daripada sebelum ini. Keazaman yang teguh dapat menghasilkan seribu satu keajaiban tanpa disedari. Niat dan kehendak teguh mendorong tindakan dan membawa kepada natijah yang cemerlang. ayuh berubah jangan duduk ditakuk lama jangan kenangkan kekecewaan yang sebenarnya hanya merosak iman kita..
Hakikatnya,mereka yang berazam ingin mencari keseronokan semata-mata tidak akan pernah berpuas hati dengan keselesaan yang ada dan ingin terus mencari dan mencari keseronokan yang sebenar dan sudah pasti,ianya tidak berpenghujung. Malah,akhirnya menemui noktah kegagalan dan penyesalan.
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai
Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai
Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:
Post a Comment