Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, October 20, 2011

: Ikhlas Untuk Cinta Walau Berkali Terluka :


Aku Tidak Berharap Untuk
Menjadi Orang Yang,
Terpenting Dalam Hidupmu.... ♥
Karena Itu Merupakan
Permintaan Yang Terlalu Besar
Bagiku....... ♥
Aku Hanya Berharap Suatu
Saat Nanti Jika Kau Melihatku...
Kau Akan Tersenyum Dan Berkata,
"Dialah Orang ynag Selalu Menyayangiku.." ♥♥♥

Seseorang yang istimewa..bukanlah yang selalu di depan mata dan bukan juga yang selalu di sisi kita..tetapi dia yang setia di hati dan mengingat kita pada setiap bisikan doanya..

(Siapa yg lebih menyintai pasangannya ,maka dialah yang lebih MEMBERI...MEMBERI bukan mengharapkan BALASAN tetapi MEMBERI DENGAN PENUH KEIKHLASAN...)

<Syuk al-hafiz>
Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]
Ramai diantara kita yang mnyalaherti dan menafsir secara literal ayat ini dan ia membawa maksud seperti : ' apabila kamu berbuat jahat, maka pasangan yg kamu dapat nanti juga akan jahat sepertimana kesalahan yang kamu telah lakukan. Untuk memudahkan kita memahami ayat ini, sy ada mnggariskan frasa2 yang penting yang menunjukkan ayat dari surah An-Nur ini tidak boleh difahami secara literal sahaja.
Ayat ini diturunkan sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.

Sabda Rasulullah : Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kalian melihat kepadanya menenangkan hati...(hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Hakim).

Sesungguhnya sunnah yang diajar oleh Rasulullah ialah bolehnya lelaki melihat wanita dan wanita melihat kepada lelaki dan hal ini sudah ijmak ulama fuqaha ummah namun masih wujud wanita kurang bijak berwajah cantik dalam masyarakat Melayu konon hendak menguji lelaki. Sesungguhnya baginda Rasulullah sendiri menyukai wanita cantik dan menyuruh supaya melihat dahulu wanita yang ingin dinikahi apakah sedap mata memandang dan menarik hati.

Janganlah memetik bunga mawar jikalau bimbang duri yang tajam bisa merodok jemari yang kasar,pilihlah cempaka,walaupun tinggi nun di hujung dahan tapi boleh kita ambil dengan memanjat,jolok dengan kayu. Sebabnya kita tahu kita tidak akan terluka,haruman cempaka menguatkan kemahuan untuk memetiknya.  Sedangkan mawar,kita sudah tahu ianya berduri kenapa kita nak memetiknya juga.
Suratan takdir penentu segalanya..
Padaku,wanita itu amanah Allah yang wajib kita pikul tanggungjawabnya...

Jodoh itu rahsia Allah.

Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.

CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.



“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36...."


Berkahwinlah Kerana Agamanya

MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

 •Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ; “ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34)


• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ; “Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”


• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; “Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .” Dalam riwayat lain ada disebutkan ; “Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”


• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w. “ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan cerdik sungguh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )


• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Siapa yang mengahwininya kerana hartanya, perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya , perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim , Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” (hadits riwayat Abu Nuaim) Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang menyatakan ; “ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi sepenuhnya” dan “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang” Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian …Wallahu’alam.





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥