Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, October 17, 2011

; BILA LELAKI MENANGIS :


Cinta itu tercipta daripada dua jiwa yang saling menyayangi antara satu sama lain. Namun, adakalanya kita perlu terima cinta seseorang semata-mata untuk menjaga hati si dia kerana untuk menjaga hati si dia dan perhubungan kawan yang sedia ada. Tetapi apakah ertinya sesuatu perhubungan itu sekiranya hanya satu pihak saja yang merasakan cinta dalam dirinya? Adakah itu cinta? TIDAK!

Terlalu banyak sebab lelaki menangis. Tapi kebiasaannya lelaki hanya akan menangis terhadap sesuatu perkara yang benar-benar mengubah hidup mereka. Terutama apabila kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa meninggal. Lagipun, tak guna menangis hanya kerana semata-mata sesuatu yang bersifat kebendaan dan hanya kerana benda yang temeh-remeh kerana dalam fikiran lelaki hanya fikirkan kejantanan mereka. Lagipun hudoh bebenor kalau lelaki menangis.. Muka dahlah bermisai, berjanggut, badan ketaq, sekali menangis dengan mulut menggulupur, kan tak manis dipandang.



.
Lazimnya, seorang lelaki tidak akan pernah menangis untuk kekasihnya meskipun ditinggalkan. Kerana masih banyak bunga yang boleh dipetik dan mungkin perempuan itu bukan sesiapa dihatinya, sekadar peneman dikala sepi dan bosan. Tetapi apabila seorang lelaki menangis hanya disebabkan kekasihnya, itu bermakna lelaki itu bodoh. Bodoh kerana dia baru saja mengerti betapa berharganya kekasihnya pada dirinya dan bodoh kerana terlalu menyintai kekasihnya. Kerana terlalu mencari yang kaca yang dianggap lawa, terlupa permata berada disisinya... Jadi, berikut adalah antara faktor lelaki menangis.



1. Kematian orang yang dicintai. Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis..

2. Kematian haiwan kesayangan kesayangan anda dan kebiasaannya apabila kucing si dia mati.

3. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir. 
4. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusah payah untuk menawan hati si dia.



5. Pada hari pernikahan selepas disahkan oleh tuk kadi sang adam dan hawa telah disahkan menjadi suami isteri.

6. Ketika seorang lelaki berjaya membeli kereta pertamanya menggunakan duitnya sendiri. Jika tidak menangis sewaktu membeli, mungkin akan menangis apabila menjualnya atau hilang.
7. Apabila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang diharapkan keluarganya, seorang suami yang diharapkan isterinya dan seorang ayah kepada anak-anaknya.



SEKADAR PERKONGSIAN SAHAJA, SEMUA ORANG MEMPUNYAI PENDAPAT MASING-MASING, SAYA JUGA MEMPUNYAI PENDAPAT SENDIRI, ^__^


Kalau balik merendam selasih
Pantang merendam biji labuh
Kalaulah adik merendam kasih
Abangpun karam menahan rindu....




<Syuk al-hafiz>


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥