Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, September 11, 2011

~ Senyum Jangan Marah YEA ^__^~

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembus kegagahan
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat 
~hamka~ 


Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai
Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita 
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

kala malam bulan mengambang kala hati meruntun sepi, indah sungguh bintang di langit sinarnya terbias menyinari pelusuk alam,
tiada cerita untuk di kongsikan tapi ada serpihan ilmu untuk dikongsikan, macam apa yang dikatakan rasulullah s.a.w  sampaikan sesuatu ilmu walaupun sepotong ayat, hari ini ramai juga melepaskan amarah kepadaku  aku hanya mampu tersenyum sinis, kerna tidak sangup aku melayan rasa amarah ssekali jika aku layan, aku seperti mereka juga,bisikkan hati sangat menebal, kata hati aku perlu bersabar , mungkin sabar itu lagi mahal harganya dari sebuah amarah, ada ubat sebenarnya atasi marah 


Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
· Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
· Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .
· Minum air.
· Mendiamkan diri ketika marah.
· Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
· Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
· Berfikiran positif.
· Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
· Bawa bertenang seperti menarik nafas.
· Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Love is more than Friendship
love is stronger than hate
love can make you happy
love can steal your fate
love is a feeling that is so true
love is what I feel for you.


<SYUK AL-HAFIZ>


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

thanks sbb kongsi cara nak mengatasi marah...tambahlah skit ilmu

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥