Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, June 15, 2013

: Jangan Berhenti Berharap ^_^ :


                      


“Ada ketika.
Walau dah dicerita segala benda yang merusuh jiwa.
Pada orang yang paling kita percaya.
Masih tidak mendatangkan lega.
Kita lupa.
Janji Dia.
Dengan ingat Dia.
Tenang itu akan menyapa tanpa dipinta.

Kerana Dia yang paling faham kita.
Kerana Dia yang paling sayang kita.
Kerana Dia yang selalu ada.
Saat jatuh bangun kita.

Kerana Dia.
Rabb kita.
Yang kita tunduk sembah.
Yang pada Dia kita selalu minta-minta.”


Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?
Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.
Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
“Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.”
Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan,
 lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan
 tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha’ dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana’ah dan sabar.
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
 (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
( coretan hati hamba-ALLAH )

subhanallah , alhamdulillah ,ALLAHUAKHBAR ^_^
"..Serba tidak kena , serba tidak menjadi ^_^ hanya tuhan sahaja tahu betapa aku risau akan masa hadapanku disini , sedang hati ini sudah tertinggal disini , aku mencintai ketenangan yang ada kala ini , aku harap kejadian kelmarin bukan punca untuk aku diberhentikan kerja , andai memang sudah tertulis aku redha , mungkin akan ada rezeki yang lebih baik nanti .."
"...apakah dugaan yang maha dahsyat sedang aku lalui kini , sangat takut  melalui hari-hari sepi , tanpa " confirm letter" dari saudara manager,  adakah aku akan terus bekerja di sini, aku telah menghampakan banyak hati , mereka berharap aku perform dalam presentation itu , malah makian , serta hamunan yang aku terima , aku kurang sihat , tanpa diberi peluang kedua aku dicemuh sebegitu rupa,sedang seisi keluarga berharap agar aku terus maju di Syarikat Yang gah itu , mungkin bukan "rezeki" untuk aku terus bertapak , sangat tenang kehidupan di Shah Alam selangor ^_^ walau aku anak jati Muar johor.."

setiap kali masuk waktu solat, akan aku cuba mencari ruang masa solat berjemaah antara 2 masjid ,  Masjid Sultan Abdul Aziz , Syah  Di seksyen 4 , dan Masjid Al-Hidayah di seksyen 18 ( sekitar Shah Alam )  , suka dan sangat suka  iqtikaf antara 2 masjid ini , setiap hari akan ada majlis ilmu agama  tambahan lagi pada hari sabtu dan ahad, aku selalu menghabiskan masa senggangku , untuk terus menerus mempertingkatkan ilmu agama yang ada  masih banyak aku tidak tahu ^_^
disini juga tempat meluahkan segala rasa sejak menetap di Shah Alam.  Terkadang jika "jiwa kacau" seperti biasa petik gitar , menyanyi suka-suka sambil diperhatikan anak jiran tetangga, sambil anak jiran selalu tegur , tatkala aku cukur rambut hingga botak , mereka akan tegur " hensem abang , botak ^_^" aku hanya tersenyum..." siapalah aku ingin riak dan takabur sedang semuanya dari ALLAH...

apalah aktiviti bonda sekarang rindu bonda ^_^ pernah bawa dia tinggal di kota metropolitan ini , dia tidak selesa dan mengakui hiruk pikuk suasana bandar mematikan langkahan ligat bonda ^_^ dia lebih selesa hidup di kampung . udara segar dan ketenangan terasa lebih tanpa sebarang tekanan ^_^
minggu hadapan insya-ALLAH balik Muar bersama Kak.Long ^_^ belikan semua barang dapur , bawa bonda ke pasar , hiburkan hati dia , buat dia tertawa , jangan buat dia risau , 
kerana dia harta
 paling berharga di atas dunia ^_^ 

kerja + kerja , malu kalau balik kampung nanti masih
ditakuk lama , bersyukurlah ada sahabat mudah sahaja
dapat rezeki ,jadi cikgu, ( walau dulu cita-cita saya )
jadi
doktor, jadi pegawai polis, ada yang jadi warden
penjara  hebat semua kawan-kawan saya, insya-Allah
saya masih cuba perbaiki masa hadapan ini, selagi belum
capai kejayaan , selagi itu saya akan sendiri 
muhasabah bertemankan illahi, tunggu confirm letter
untuk terus menjadi "Planner" selagi diberi peluang ,
doakan saya mak,k.ngah,k.long , adik 

#Usaha sehabis baik kerana Allah taala...

insya-ALLAH kumpul duit banyak-banyak 

tunaikan permintaan bonda, dahulukan akak yang belum bernikah , bantu majlis walimah sehingga selesai , dan selepas itu baru fikirkan saya  kerja kuat lagi insya-ALLAH..  TUNGGU dengan setia , dan bernikah tanpa tunggu lama-lama , sebab saya tidak mahu selamanya berdosa , memendam perasaan pada gadis, tanpa halal untuk saya , jadi selepas akak long bernikah pada hujung tahun ini atau tahun depan saya akan fikirkan tentang saya juga masa hadapan saya...


"..redha Allah , restu ibu bapa, jaga hubungan dengan Allah juga hubungan sesama mahluk di atas dunia fana ini, rezeki Allah meluas, perbaiki akhlak supaya sentiasa menjadi lebih baik, saya tidak mahu hidup susah hanya kerana "cinta" dan saya mahu hidup lebih baik kerana usaha dan redha Allah yang esa, insya-Allah , sekadar ingatan untuk diri ini dan sahabat semua..."

#Subhanallah
, Alhamdulillah , Allahuakhbar 

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” 
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum syuk sihat? Semoga Allah Meredhai Kita di dunia dan akhirat... Wahai syuk sang pejuang sunnah ( cheewaah kasi puji syuk sikit) sesungguhnya Allah SWT Maha segala2nya maka apa jua yang tersirat dihati, apa jua berita gembira atau sedih Hanya padanya sahaja tempat Kita bergantung dan mengadu nasib... Serahkan segala2 pada rab mu.. ' Hasbunallah wanikmal wail- cukuplah Allah Bagi kami'
Allah dah aturkan yang terbaik buat syuk Cuma masanya belum sampai lagi in sha Allah dunt worry k...
Akhir qalam cintailah rab mu dan rasulmu Akan kau temui Zaujahmu, qurratul ain mu penyejuk mata, penyenang hati Penenang jiwa... Kirim Salam dengan bonda ya.... :)
Salam kaseh Dari bidadarimu....

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥