Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, July 6, 2012

: Tika Muzik Berlagukan KAMU :

                                                             

                                              Terangnya bulan malam ini,
                                          dapatkah kita melihatnya esok hari ?    
                                             Siapa tahu, bulan penuh kali  ini merupakan
                                                         nikmat keindahan alam ..
                             buat kali terakhir dalam hidup kita? 
                   Kerana, boleh jadi esok kita mati atas sebab mati itu pasti. 

                             Tidak lambat sesaat, tidak secepat sesaat sekalipun.


                                     


               ” Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. ”                                                                            ” Every soul will taste death “
              
  Surah Al - Imran ayat 185 [ 3.185 ]    


Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya,
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya. ♥ ♥

Syuk al-hafiz>

HARI ini mungkin tiada lagi penulisan berunsur sedih , kerna aku sedang mencuba mencipta bahagia buat diriku ,7 hari bulan julai , lagi sepuluh hari bakal aku lalui ..dimana hari lahirku yang ke 22 , dan mungkin monolong jiwa ini , ingin menterjemahkan sekotak perasaan sugul , apakah aku akan terus bernafas di bumi ALLAH ini setelah aku mencapai usiaku itu ?      

subhanallah , aku semakin melalui usia-usia dewasa dan ketika ini juga semakin ramai sahabat-sahabtku , mendirikan rumah tangga mungkin jodoh mereka telah sampai, namun jodohku belum lagi mungkin , saban waktu aku menunggu tautan hati yang sama dan akhirnya ada juga yang sedang mengintai dari tirai kamar sepiku..
 hadirnya seorang hamba ALLAH itu sangat mengajarku erti menghargai. 
dan kini tak perlulah aku meratap sepi pemergian si hawa gadis pemain cinta itu kerna hati ini dalam pembikinan semula, 
mencipta rasa bahagia insya-ALLAH sampai kapan pun ,
 nyah kau dari pesona mata yang menipu...
dan aku tidak perlu lagi menghamba rasa sedih dan sepi yang lama kerna keberhasilannya hanya berunsur sakit. 

aku bercerita soal perasaan dan mungkin cerita ini bisa di novel kan , akan tetapi mungkin retorik penyampaiannya tidak segah syah jehan dan mumtaz cukup sahaja seindah nukilan hati seorang lelaki , mungkin mengharap cinta sejati dan mendamba kasih illahi tunjangnya, dan pengakhirannya belum bisa terhurai kerna penulisnya masih lagi bernyawa dan sedang mencari-cari maksud bahagia itu :)

tidak lelah aku menulis tentang kamu walau tidak pernah kamu menjengah hasil monolog hati ini ,  tidak juga aku memuji pesonamu cukup sahaja sedikit nasihat dan tazkirah tanda harga kecintaan itu milik tuhan. aku tidak akan penat meski kanan dan kiri cubaan , mematikan langkahan penulisanku , aku tetap akan bercerita tentang kamu. jika aku memetik gitar kamu adalah wahana ilhamnya, dan semakin asyik terbuai indah , aku tetap menyelitkan hembusan kasih dan perasaan mungkin aku bisa menyentuh hati belum bermakna aku bakal memiliki.

ALLAH mencipta perasaan itu untuk mereka tahu menjaga , dan hati pula tempat bercambahnya iman, iman akan berada pada tahap tertentu terpulang kepada seseorang itu , semakin manis ketika melakukan ibadat itu tandanya imannya sedang berbunga dan semakin kurang beribadat itu  petanda bahaya , awaslah jika anda berada pada tahap tersebut ^_^

walau kasih dulu , tidak kesampaian aku masih berpijak dan terus melangkah , meski harga lelaki ini dulu dijadikan alas kaki , aku masih bangkit dan tersenyum lagi kerna yang pasti rasa sakit itu sedang dirawat bersama seamangat , aku harus teruskan langkahan , usiaku kini sedang berjalan mengikut edaran masa , dan semakin dekat dengan tarikh itu ,  semakin  dekat kematian menghampiriku , mungkin hari ini aku bisa menamatkan hasil karyaku jika benar tarikh ini pilihan tuhanku untuk mengambilku. aku harus selalu bersedia, aku tidak mahu mengakhiri hidup ini dalam keadaan berdosa cukup sahaja terlepas tanggungjawabku menasihati teman semua. dan ketika itu wahai tuhan yang maha karya kau ambilah nyawaku. dan akan aku redha atas kekuasaan-NYA.

JIKA dulu kamu ilhamku , dan kini dia ilhamku, jika dulu kamu peneman sepi dan kini dia peneman duka lara , sesungguhnya aku merencana dan aku mendamba ALLAH juga merencana dia untukku , meski harga perasaan ini tiada siapa tahu, cukup sahaja ALLAH selalu tahu , semoga ALLAH jaga ukhwah kami , dan aku sedang menyemai niat ini, aku ingin nikahi kamu nanti , insya-ALLAH taala, kepada pemain cinta itu semoga ALLAH sedarkan kamu , semoga kamu berjaya menemui jalan pengakhiran permainanmu itu.

tika aku berqasidah dan memuji tuhanku , diharap aku tidak terhanyut kerana perasaanku ini , cukup-cukup sudah lantai hati ini diludah oleh si dia penglipur lara, dan kini hatiku bakal membersih dengan semaian cinta dan kekuatan tabahku untuk meneruskan langkahan itu , doaku semoga kamu zaujahku hargailah aku apa adanya kerna tika aku memetik gitar kamu sahaja ilhamku. dan tika aku berdoa namamu juga aku selitkan dan itu sahaja yang aku tahu ,
 aku ingin kamu selalu menjadi inspirasi hidup ini. 
insya-ALLAH hingga ke akhir nafasku. semoga ALLAH jaga kamu buatku dan cukup sahaja tautan hati ini kita yang rasa. dan ALLAH merestuinya.

‎"Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar."


lentera perasaan ini , insya-ALLAH MEMBUKTIKAN YANG aku sedang menulis tentang kamu lagi , kamu di mukadimah baru di halaman baru , dan di waktu yang baru , selamat datang ke dalam hidupku , kamu tetap menjadi tajuk dalam setiap helaian perasaanku. insya-ALLAH dengan nama ALLAH yang menciptakan aku , aku sedang suka kamu ^_^

‎"Sampai masa tibanya waktu,
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad menjadi satu, 
hidup mati jadi bersama" 

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. ♥ ♥

Syuk al-hafiz>

                                                 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

: nafas Cinta Dari ALLAH :









                                                                   

                                     Aku ingin menjerit memanggil namamu ,
 ingin aku pekik sekuat hatiku..namun cukup sahaja engkau merasa apa yang aku rasa kerna jika engkau jodohku kan pasti ALLAh beri getar dihatimu , kan pasti ukhwah kita dibuka jalan seluas-luasnya tanpa ada satu pun halangan insya-ALLAH ^_^

aku masih sedang perhati kamu , meski bukan dalam keadaan berhadapan cukup sahaja aku memerhati di kejauhan , dan bila aku melihat ramai disekelilingmu itu lelaki , hati dan jiwa ini sangat takut... mungkin takut kamu akan disakiti oleh lelaki-lelaki itu kerna kamu masih belum tahu apakah niat lelaki itu menghampiri kamu.

walau jauh mana kamu melangkah walau jauh mana kamu menolak , jika ALLAH takdirkan bahawasanya lelaki ini bakal menjadi imam disolatmu , aku tidak perlu melangkah sepertimu kerna aku hanya akan setia menunggu disitu kerna akau yakin dengan takdir ALLAH yang satu insya-ALLAH. DIA bakal menemukan kita dengan jalan takdir-NYA..

meski aku bisa bernyanyi girang , membahaskan bunga-bunga cinta yang terliar berseri sungguh aku bukan lelaki pemain cinta , cukuplah rasa itu buat yang berhak . jika aku telah menyentuh mana-mana hati maafkan aku , aku cuma menjadi diriku apa-adanya , fitrah cinta itu menjadikan aku lelaki begini, bingkas menghurai rasa dengan pena dan tintanya. tanpa ada satu pun yang tahu kecuali ALLAH penciptaku.

dan jika kau tahu aku juga bisa menuliskan tentang kamu dengan hanya berbekalkan satu rasa iaitu "suka" dan jika aku punya rasa sedih pula mukadimah penyampaian juga bisa tertunduk sakit, kerna mungkin airmata mengalir tanpa perlu dipaksa.

maafkan aku jika menyebut namamu tika istikharahku , aku cuma tidak mahu rasa yang ALLAH bagi tersalah lagi kerna aku terlalu menginginkanmu , aku ingin ALLAH jaga kamu untuk diriku , meski jarak yang aku bina membataskan kau untuk percaya namun harus kau tahu aku cuma ingin melunaskan niat ini menjadikan kamu halal untukku.

satu perkara harus kau tahu jangan pernah mengagungkan aku seperti malaikat , seperti juga manusia tidak bernafsu , sebenarnya memang kamu punya pesona yang telah pun mengkhayalkanku, namun aku harus jaga niatku itu aku tidak mahu kamu menjadi makanan syahwatku , aku cuma ingin menjadikan kamu halal untukku.

wahai hamba ALLAh , Andai aku mengingatkan kamu tentang pergaulanmu ,percayalah yang aku bukan mengonkongmu aku cuma ingin kamu terjaga tanpa ternoda kerana retorik cinta lelaki lain kan membuatmu terhanyut dan ketika itu kamu bakal melihat aku samar bagai fatamorgana sedangkan aku masih menunggu dengan penuh setia .

jika ayah dan ibumu punya calon sesuai buatmu , maka ikutilah sahaja perintahnya , kerna mereka yang mendidikmu , mereka tahu apa yang terbaik buatmu dan jangan kerana cinta kamu memilihku , kerna aku tidak mahu menjadi punca keretakkan ukwahmu bersama keluargamu , kerna hidup tanpa restu keluarga tidak akan tenang didunia dan segala isinya , redha ALLAH datang dari redha orang tuamu. maka sedarlah ^_^

getar urat nadi berasma ALLAH dengan pelbagai hela nafas , aku milik yang khalik , MAKA jika kau mencintaiku , maka cintai dulu tuhanku , kerna aku ingin kau tahu rasa cinta itu terwujud atas izin-Nya , cuma kamu harus pandai menjaganya jangan biar nafsu memimpinnya , kelak nanti merana diri.

Ketahuilah aku bukan lelaki alim yang kau dambakan disetiap , apa yang aku lakukan muzik jadi pendamai kalbuku , aku memetik gitar tanpa rasa jemu , aku mencintai kamu dengan sepenuh jiwaku , namun aku selalu mendoakanmu semoga bahagia walau ALLAH jodohkan kamu dengan orang lain , kerna kita hanya merancang dan ALLAH maha merancang , dan DIA adalah sebaik-baik perancang.

atas izin bondaku , insya-ALLAH dan restunya lagu-lagu cinta ini , akan berhenti dengan lafaz asma dan qasidah-NYA .

aku ingin menjadi imam buat kamu , imam buat zuriat kita nanti kerna hatiku berbisik yang kamu akan menamatkan rasa gundah ini. dan kamu lah calon yang bakal ku bawa bersama ke syurga tuhanku , insya-ALLAH taala . ^_^



                                               


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥