Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, December 9, 2011

: Jangan Ada Benci Antara Kita :



                                                                          
Hari minggu jalan ke pasar
Disana belanja membeli udang
Hatiku pilu rasa terbakar
Bunga kupuja dipetik orang...


cinta tidak mungkin menemukan kebahagiaan jika hanya seorang saja kekasih yang 
setia dan seorang lagi curang 

Aku INGIN rasa bahagia seperti orang lain , terkadang gadis takut mendekatiku aku bukan dalam kalangan lelaki yang hebat , aku biasa-biasa sahaja , semua orang bertanggungjawab untuk tarbiah sesiapa sahaja selagi dia seorang muslim , jangan mudah melatah dan melabel seseorang itu seperti ustaz mahupun alim ulama' . kerana golongan penasihat itu bukan hanya seorang ustaz mahupun alim ulama' selagi sesuatu perkara nampak jelek dimata kita harus menegahnya , walau dengan hati dengan membenci perlakuan itu...walaupun ia adalah selemah-lemah iman..

alhamdulillah walau aku tiada lagi ikatan dengan hamba ALLAH itu aku tidak pernah membenci malah aku selalu kirimkan doa kepadanya kerana dia pernah menjadi sebahagian dalam hidupku , aku tak mungkin membiarkan perasaan hasad dan mazmumah menguasai hati ini kelak nanti apa sahaja aku lakukan tanpa redha ALLAH , cukuplah aku merelakan kisah lalu menjadi tugu dalam ingatanku kerana yang pastinya.....

cinta itu takkan datang kalau tak dicari, dan takkan dapat kalau tak memberi
seandainya kita diberi peluang untuk menyintai seseorang
lakukanlah dengan sesungguhnya dan sepenuh hati.


al-Hassan al-Basri berkata: " Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci. 


(riwayat al-Baihaqi)


Apakah garis panduan cinta dan benci yang mesti kita turuti sebagai seorang muslim?

Islam melarang kita melampau dalam mencintai dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran..
Apabila kebencian seseorang melampaui batas, hatinya akan dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang dibenci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Mereka ini sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik!

Bagi orang yang berlebihan dalam membenci ini, sanggup membuka aib dan keburukan seseorang yang lain hanya untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikan orang yang dibenci nya itu..

Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: "Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

Bagaimana menjadi seorang yang bersederhana dalam menciantai dan membenci ?

Kita boleh mulai dengan memikirkan kembali sebab kebencian yang kita rasakan terhadap seseorang. Adakah kita membenci kerana ikut-ikutan, membenci tanpa sebab (tidak tahu puncanya) atau kerana ucapan atau perbuatan seseorang itu yang pernah melukai perasaan kita..?

Sekiranya kita "membenci tanpa sebab", ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan. Ini kerana, dia membenci setiap kali melihat atau mendengar nama orang yang dibencinya, tanpa melihat samada orang itu membuat kebaikan atau sebaliknya. Orang seperti sebenarnya sedang menderita sakit jiwa.

Bagi yang membenci kerana ikut-ikutan, biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sikap inibukan sikap islamik dan bukan ciri seorang muslim, ia mesti dijauhi..

Kebencian kepada orang yang pernah mengeluarkan ucapan atau kata-kata yang melukai perasaan atau perbuatan yang menyakiti hati kita juga harus disingkirkan.. Perkara yang remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur, padahal sikap ini sangat digalakkan oleh agama kita.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara keduanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Ayyub)
Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang engkau timpakan kepada hambaMu di muka bumi ini. Amin YaRabbal Alamin..


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥