Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, December 7, 2011

: Demi Cinta Dan Sebuah Kejujuran :



               Firman-Nya ada dalam sebuah hadist qudsi, “Jika dia (hamba-Ku) mendekat kepadaku sejengkal, maka Aku akan mendekati kepadanya sedepa. Jika ia mendekati kepada-Ku sedepa, Aku akan mendekatinya sehasta, jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”  

Cinta itu pada dasarnya adalah untuk saling menyelamatkan, saling melindungi dan membahagiakan diri. Jika kita mencintai diri atau pun orang lain dengan sepenuh hati, itu ertinya kita menggantungkan diri pada makhluk yang berbagai kelemahannya belum tentu dapat memberikan semua kebahagiannnya. Oleh karena itu, cinta yang sepenuh hati hanya patut kita berikan pada Sang Khalik yang sudah pasti memberikan respon yang dapat mententeramkan hati, karena Dia pasti akan memberikan balasan setimpal bahkan lebih daripada yang kita berikan kepada-Nya.
Jadi, makna cinta sejati, sederhananya, menurut saya adalah cinta terhadap seseorang yang didasari atas kecintaan yang sama terhadap Allah SWT, bukan karena si dia cantik, pintar, dan semua objek fisiologis lainnya. Itu semua hanyalah opsional. Sebab, cinta yang berasal dari satu keyakinan akan timbul sebuah kepercayaan, dari sebuah kepercayaan lahirlah kesetiaan dan dari kesetiaan maka itulah yang disebut dengan cinta sejati.
KEJUJURAN adalah tanda bukti keimanan. Orang mukmin pasti jujur. Kalau tidak jujur, keimanannya sedang diserang penyakit munafik.
Suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah mungkin seorang mukmin itu kedekut?”
Baginda menjawab: “Mungkin saja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pengecut?” Rasulullah SAW menjawab: “Mungkin saja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin berdusta?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak.” (HR Imam Malik dalam kitab Al-Muwaththa’)
Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah seorang mukmin tidak mungkin melakukan pembohongan.
Kejujuran adalah pangkal semua perbuatan baik manusia. Tidak ada perbuatan dan ucapan baik kecuali kejujuran.
“Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga”.
 (HR Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Hibban)

Ada tiga tingkatan kejujuran :
  • Pertama, kejujuran dalam ucapan, iaitu kesesuaian ucapan dengan realiti.
  • Kedua, kejujuran dalam perbuatan, iaitu kesesuaian antara ucapan dan perbuatan.
  • Ketiga, kejujuran dalam niat, iaitu kejujuran tertinggi di mana ucapan dan perbuatan semuanya hanya untuk Allah.
Kejujuran Membuktikan Ikatan yang Kukuh 

Jangan gemar menyalahkan cinta apabila berlaku kecurangan dalam perhubungan. Akibatnya muncullah kata-kata yang sering menuding jari kepada Cinta, seolah cinta ini telah menjebakkan diri manusia ke arah kehinaan dan keburukkan. Lahirnya istilah 
‘Cinta itu Buta’
 bukanlah kerana Cinta itu bersalah, tetapi pemilik cinta itu yang menyalah-gunakannya.

Jangan salahkan topi keledar yang tidak sempurna jika berlaku kemalangan, tapi salahkan juga pemandu yang membonceng motosikal akibat kelalaian dan ketidak-patuhannya kepada prinsip dan peraturan jalan raya.

Sedang CINTA itu datangnya dari ALLAH taala, mana mungkin natijahnya akan membuahkan keburukkan.

Kalau lembu dan kerbau itu diikat dengan tali agar ia tidak lari, namun manusia diikat dengan janji agar dia tidak pergi. Ikatan yang kuat adalah ikatan yang tanpa adanya tali namun ia tetap kukuh dan setia. Kejujuran adalah tali yang paling utuh ikatannya.

Orang beragama ISLAM apabila cinta akan TUHAN-nya, dia mudah patuh kepada Penciptanya. Selagi hamba itu Jujur dengan TUHAN, selagi itu TUHAN tidak perlu risau akannya kerana DIA tahu hambanya tidak akan lari daripadanya. Orang yang berpaling daripada TUHAN adalah orang yang sudah hilang nilai kejujurannya, kerana tali kejujuran yang mengikatnya dengan TUHAN telahpun terputus.

Ibarat Unta liar yang dipelihara oleh pengembala, menunggu masa jika tali terputus dan dileraikan ikatannya, dia akan lari sejauh-jauhnya.

‎"The greatest weakness of most humans is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them while they're alive."



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥