Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, November 15, 2011

: insya-ALLAH ^_^ :

‎5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI KU~~

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU. 
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU. 
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI...





‎: terkadang aku sunyi , dalam lena aku sepi dalam jaga aku sakit , aku masih berusaha mencari jalan terang di balik kelam malam yang berpanjangan ♥ ♥ ombak hatiku memusnahkan pantai setiaku, aku cuba mengenal diriku rata-rata , aku tidak mahu karam di muara persahabatan , aku juga tidak mahu lesu akibat luka semalam , aku ingin bahagia seperti orang lain , ♥ ♥ aku cuma perlu sokongan , insya-ALLAH aku bisa insya-ALLAH amiinnn :


♥ ♥ untuk malam ke 40 ku , istikharah yang aku pertaruhkan sangat takut rasanya , tetapi sangat tegar aku lakukan buat diri ini kamu dan masa depanku, walau kamu belum wujud dalam pelukan cintaku , ALLAH tetap jaga kamu buat diri ini , aku selalu mendoakan kamu , bahagia , berjaya dan selamat dunia dan akhirat , walau aku sendiri tidak tahu apa aturan tuhan untuk masa hadapanku , rezekiku , jodohku mahupun ajalku , ♥ ♥ semoga apa sahaja pilihan tuhan terbaik buat kita , insya-ALLAH akan aku jaga hati ini baik-baik dan istiqomah buat kamu ♥ ♥


Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya...^_^ ♥ ♥

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu..^__^



Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Hadith :

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Riwayat Muslim





♥ ♥ membuka lembaran baru dalam kehidupan berhijrah dari kejatuhan sangat perlu dan digalakkan untuk hidup ini ♥ ♥ biar kisah yang lalu menjadi dongeng dan mitos dalam kehidupan biar kisah itu menjadi simbol kebangkitan kita ♥ ♥ ALLAH tahu jalan hidup kita , pahit manis kehidupan dalam hidup mendewasakan seseorang ♥ ♥ semakin kenal erti dunia , semakin waspada menghadapinya ♥ ♥ insya-ALLAH dalam kesakitan yang amat dalam yakinlah ada penawar yang amat mujarab ♥ ♥ di dalam pintu kedukaan ada lagi pintu kebahagiaan ^_^


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥