Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, September 16, 2011

~ Berusaha Menjadi Lebih Baik insya-ALLAH~


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)

Hari ini adalah hari aku berusaha menjadi seseorang yang baru ingin sesekali berusah merubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya, jika ada lagi manusia yang masih memandang rendah pada lelaki ini, lelaki ini sedia, sedia menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dari sebelumnya, hanya iman mampu merubah pekerti seseorang menjadi lebih baik.

akal punca nafsu bermaharajalela, manakala hati nurani punca benih iman bercambah, teringat kata-kata seorang sahabat saya, yang selalu memberi nasihat dan teguran kepada saya, saya tahu terkadang saya sendiri melakukan kesilapan dan saya juga tahu ada hati-hati yang terluka kerana tindakan di luar kawalan minda saya. seharusnya kita sebagai manusia perlu selalu nilai diri sebelum menegur kesalahan orang lain, kerana disitu kita akan nampak kekurangan kita dahulu sebelum menjengah kekhilafan orang lain.

Manusia boleh menggila jika tidak meletakkan iman sebagai raja dalam segala hal, kerana akal iman sahaja boleh merantai nafsu, 
Sebagai hamba Allah atau manusia biasa ini, tiada rasa sedih maupun berkeluh kesah itu adalah mustahil bagi saya.  Cumanya saya cuba meminimakan sehabis mungkin.  Islam juga tidak menghalang untuk kita bersedih/berkeluh kesah asalkan tidak keterlaluan.  Bagi saya ia boleh menerbitkan rasa insaf dan taubat pada diri sendiri maupun orang lain, asalkan kita tidak menjaja cerita-cerita yang kurang baik.  Pun begitu saya sentiasa memohon keampunan dari Allah Yang Maha Pengampun.  Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya.



Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
Surah AlBaqarah : Ayat 214


Apa Sahaja ujian ALLAH buat kita semuanya atas kemampuan kita, kita pula harus bersangka baik, siapa tahu hikmah yang ada di depan kita maha indah, bila kita tahu nanti mesti senyuman terukir berhari-hari, tapi sebelum merasai rasa senyum perlu mengharungi ujian insya-ALLAH kita boleh melaluinya asalkan kita positif. 

Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

insya-ALLAH akan aku berusaha sebaik mungkin menjadi hamba ALLAH dan anak yang soleh buat diri dan keluargaku, akan tetapi yang paling perlu adalah muhasabah diri insya-ALLAH kenal dulu kekurangan dan kelebihan kita baru berusaha menjadi lebih baik, jangan pernah menghukum manusia lain tapi sedar dulu kekhilafan kita insya-ALLAH semua akan baik-baik sahaja.  

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.”
Hadis riwayat Thobrani

Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.


Wassalam.


Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.


<syuk al-hafiz>


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥