Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, September 30, 2011

: ADAKAH DIRI INI CUKUP BAIK UNTUK DIKATAKAN BAIK? :


Apakah definisi ‘baik’?
Mungkin kalau kita lihat kamus dewan bahasa dan pustaka, pasti wujud maknanya yang tersendiri. Namun, untuk saya, ‘baik’ itu adalah apabila kita beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar keimanan.
Mengambil Islam secara menyeluruh, maka itulah dia ‘baik’.
Pakai tudung, tapi tak solat, maka itu belum dikatakan baik. Solat pergi masjid, tapi mulut masih mengutuk-mengeji orang, maka itu belum dikatakan baik. Hafal Al-Quran 30 juzu’, tapi masih sokong sistem jahiliyyah, maka itu belum dikatakan baik.
Baik, adalah apa yang Allah kata baik.
Dan yang mengambil Islam secara menyeluruh, itulah dia baik.
Persoalannya, bagaimana hendak menjadi ‘baik’ ?
sesiapa pun boleh memperbaiki diri..
sesiapa pun boleh mengubah diri..
menuju ke arah yang lebih  baik..
perubahan itu tersedia untuk semua orang..

“ Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi).

keputusan untuk menjadi lebih baik hanya memakan beberapa detik..
tapi proses untuk perbaiki diri memakan masa yang panjang..
niat menjadi baik adalah untuk mengenal diri dengan mengenali ALLAH..
dan untuk perbaiki diri..
segalanya bermula dengan meninggalkan semua kemaksiatan..
berpegang teguh dengan kebaikan..
melangkah keluar dari dunia kegelapan..
demi menuju cahaya yang diberi petunjuk oleh ALLAH..
sakit..derita..payah..susah..keliru..janggal..semua dirasai dalam memperbaiki diri..

"KITA TIDAK BOLEH MENJADI ORANG LAIN TAPI KITA BOLEH MENJADI YANG LEBIH BAIK"


Kita hendaklah selalu berazam"bahawa hari ini lebih baik daripada semalam" dan "esok akan lebih baik daripada hari ini". Jika kita berpegang kepada "prinsip" di atas ianya akan menjadi satu motivasi kepada diri kita untuk berusaha berubah menjadi lebih baik dalam apa jua yang kita lakukan


Ketahuilah saudaraku...kadangkala keupayaan seseorang itu amat terbatas. Tetapi jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak mahu melakukan perubahan menjadikannya lebih baik. Berusahalah dengan kadar termampu. Kita tidak boleh berserah kepada takdir, sebelum berusaha bersungguh-sungguh.



Ketahuilah saudaraku...jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, kita tidak akan tahu kemampuan diri kita sendiri. Ini sesuai dengan Firman Allah:
   " Allah tidak memberatkan seseorang melaikan apa yang terdaya olehnya'" (Al-Baqarah:286)

Ketahuilah saudaraku..orang mukmin selalu dituntut oleh Agama Islam melakukan perubahan dalam diri ke arah yang lebih baik. Perubahan boleh dilakukan dalam apa jua urusan, sama ada urusan di rumah, tanggungjawab di tempat kerja, tanggungjawab sebagai ibubapa atau tanggungjawab sesama jiran tetangga, semuanya harus dilakukan dengan baik.


Ketahuilah saudaraku..sebagai seorang manusia yang normal, kita mestilah berusaha dalam memenuhi tututan hidup di dunia ini, bukan sekadar berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir dan qadak serta qadar Allah semata-mata. Berusahalah tanpa jemu, kerana itu tuntutan yang dianjurkan oleh Agama Islam. Firman Allah s.w.t yang mengingatkan hambaNya:

  "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar-Ra'd:11




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥