Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, August 21, 2011

~ Surat Cintaku ~


assalamualaikum......

Maaf surat ini ditaip bukan ditulis menggunakan tangan al-maklumlah sudah lama tangan ini tidak menggunakan sebatang pen untuk menulis, selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada kamu sekeluarga, diharap raya ini menggamit kenangan terindah buat diri kamu, maaf tidak dapat memberi  kad yang lebih cantik dan elok dari kad ini tapi diri ini masih selalu ingat kamu sudah tentu akan selalu ingat kamu setiap masa saat dan ketika selagi jasad ini bernyawa, wahai kamu yang selalu dirindui maaf atas kekurangan diri ini kerna selalu membebankan kamu selalu membuat kamu bosan dan gundah mahupun tidak gembira. Banyak sangat perkara terasa ingin diperjelaskan andai cerita cinta kita dapat ditulis dalam sebuah novel mungkin tidak akan ada pengakhirannya, warkah ini ditulis rapi kerna ingin sekali menjaga ukhwah ini, menjaga hati kamu dan hati ini juga sebab itu perlu bermula dengan teliti dan teratur. Diri ini sebenarnya ingin kamu gembira seperti sebelum ini, diri ini juga tahu terlalu ramai lelaki yang dahagakan kasih dan sayang kamu, dan diri ini selalu mengizinkan kamu berkawan dan berta’aruf dengan sesiapa sahaja asalkan pandai menjaga diri dan pandai menjaga hati, berkawan dengan lelaki sangat berbeza bila berkawan dengan sejantina. Bila berkawan dengan lelaki ternyata terlalu banyak muslihat yang mungkin kamu tidak tahu, kerna diri ini juga lelaki dan memang sangat faham  situasi itu. Ada pelbagai ragam lelaki baik atau buruk , berpura-pura baik, mahupun berpura-pura jahat semuanya bisa berlaku. Tetapi hati ini mula tersentuh apabila mengetahui kisah persahabatan kamu dengan dia bermula dengan kata sayang , rindu dan pelbagai lagi. Kata-kata itu mempunyai seribu persoalan dan jawapan mungkin mudah untuk dilafazkan tapi sukar untuk ditafsirkan. Dan jika seorang lelaki itu juga menyambutnya dengan kata sayang juga automatik  terpalit rasa ingin disayangi cambahan kata-kata itu juga bisa melahirkan bibit cinta. Sebab itu sangat berbeza apabila seorang lelaki dan perempuan berkawan. Kerna medan magnet antara keduanya saling tarik dan menarik. Diri ini tidak perlu berkata apa tambahan lelaki itu mengakui suka + sayang kamu walaupun dirinya berkata lain kepada kamu tetapi hati ini tetap terasa kerna diri ini juga lelaki, sebenarnya diri ini ada juga berkawan dengan perempuan tapi tak pernah membangkitkan perasaan kerna diri ini biasa bahasakan  diri dengan  “kau , aku “ mahupun “abg” kerna diri ini suka membimbing dan menyampaikan dakwah  diri ini juga tahu akan umur diri ini tapi tidak pernah lebih dari panggilan itu mahupun perkataan “sayang”, jika kamu tidak mempercayai lagi diri ini tidak mengapa kerna hakimnya ialah ALLAH, diri ini sangat sayang pada kamu, takut hilang kamu, takut kamu dicuri orang lain, walaupun diri ini selalu tahu kekurangan diri ini yang sangat membataskan segalanya. Tapi diri ini selalu berdoa semoga dipermudahkan langkah dijalan ALLAH ini, semoga ALLAH selalu bersama diri ini. Biarpun sejumlah badai yang merempuh iman ini , memberi dugaan dan musibah kepada diri ini,muhasabah diri tetap jalan terbaik buat diri ini, tidak akan selalu manusia suka akan tindakan kita di dunia sebab itu wujud dosa dan pahala. Semuanya terpulang pada kita untuk memilihnya termasuk syurga dan neraka. Diri ini ikhlas untuk memberi kamu kebebasan selepas ini , wujud atau tidak diri ini sama sahaja. Kerna diri ini juga tidak mahu perubahan berlaku pada diri ini seperti perubahan yang berlaku pada kamu antara sedar atau tidak saja. Jaga diri kamu baik-baik selamat menyambut hari raya yang bakal menjelma, segala apa yang dilakukan diri ini kepada kamu diharap dapat kamu maafkan, dapat kamu halalkan, kerna yang buruk semuanya atas kekurangan diri ini, dan terbaik hanya dari ALLAH. Sesungguhnya diri ini selalu mendoakan kamu dunia dan akhirat selalu rindu dan sayang kamu. Jika tidak perlukan diri ini kamu bias meluahkan semuanya. Dan diri ini akan pergi selama-lamanya. Walaupun kamu sedia maklum diri ini hanya ada kamu , semangat dan nyawa ini selalu ada bila kamu ada. Tapi diri ini perlu belajar sesuatu iaitu ikhlaskan diri jika kamu bukan milik diri ini , walaupun seisi dunia cuba menghalangnya dia tetap terjadi, dan jika benar kamu milik diri ini walau seisi dunia melarangnya ia tetap terjadi. Kepada ibu kamu minta maaf tidak dapat menjadi imam terbaik buat anak kamu, kirim salam ibu kamu, k.ngah mahupun adik kamu. Semoga keluarga kamu bersatu kembali dan semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warohmah insya-ALLAH.

                                                                                                                                                 Salam sayang,
                                                                                                                                                   
                                                                                                                                                  Syuk  al- hafiz


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥